KOTA SAMARAHAN – Seorang murid lelaki cedera tertusuk gunting di muka dalam kejadian di kantin sekolah di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 10 pagi itu, muka Faiz Kamirin, 10, tertusuk gunting yang dimain rakannya ketika makan di kantin sekolah.
Sumber berkata, ketika kejadian rakan mangsa yang bermain gunting secara tidak sengaja tertusuk di kiri muka mangsa, hanya beberapa inci dari mata.
“Rakan mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada guru sekolah yang membawa murid tersebut ke Pusat Jantung Samarahan.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut,” katanya.
Setakat ini, mangsa difahamkan masih di hospital, namun gunting itu sudah berjaya dikeluarkan. – myMetro Online