Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

AirAsia X Tempah 34...

SEPANG - AirAsia X meningkatkan tempahannya dengan Airbus dengan menambah 34 pesawat A330...

Apakah Air Percuma Di...

1. AZMIN bersetuju dengan dakwaan Tun M bahawa BRIM adalah rasuah. Ia berbeza...

PM Rasmi Projek ToD...

CYBERJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan projek...

Momentum Pertumbuhan Industri Halal...

KUALA LUMPUR - Momentum pertumbuhan industri halal global mesti dikekalkan dan seterusnya dibina...

Had Umur Penunggang Dinaikkan Kepada 21 Tahun

GEORGETOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa menaikkan had umur minimum penunggang motosikal kepada 21 tahun berbanding 16 tahun ketika ini.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata had umur itu perlu dinaikkan kerana penunggang motosikal adalah pengguna jalan raya paling terdedah kepada risiko berikutan keadaan kenderaan yang tidak stabil serta tanpa perlindungan ketika berlaku kemalangan.

Katanya motosikal ibarat ‘mesin pembunuh’ kerana 17 kali lebih terdedah kepada kemalangan berbanding kereta kerana reka bentuk dua roda kenderaan itu menjadikannya tidak stabil.

“Setiap tahun, purata 465,000 kemalangan jalan raya berlaku dengan hampir 7,000 kematian dan 60 peratus atau 4,200 kematian itu adalah daripada penunggang atau pembonceng motosikal. Daripada jumlah itu, 40 peratus adalah bagi kumpulan umur 16 hingga 25 tahun,” kata dalam sidang media di sini hari ini.

SM Mohamed berkata ramai daripada penunggang muda itu tidak memiliki lesen dan menggunakan motosikal ibu bapa mereka atau adik beradik tanpa kebenaran.

SM Mohamed berkata penunggang muda ini sering tidak memakai topi keledar kerana tidak pernah menjalani latihan formal dan tidak memiliki skil, sikap dan mental untuk berdepan situasi di luar jangkaan ketika di jalan raya.


“Ia cukup mengejutkan untuk mengetahui 310 pelajar terbunuh manakala 84 lagi cedera parah dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini,” katanya sambil menambah ibu bapa harus melarang anak mereka menggunakan motosikal serta tidak membelinya untuk mereka.

SM Mohamed berkata CAP juga mencadangkan motosikal yang mengangkut barangan diubah menjadikan tiga roda berikutan berat muatan yang dibawa mereka akan mengubah pusat graviti serta menyebabkan kenderaan menjadi kurang stabil.

Katanya, motosikal yang digunakan penjual roti, surat khabar dan pekerja kontrak yang membawa tangga atau tiang panjang bukan sahaja mendedahkan mereka kepada bahaya tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain.

SM Mohamed berkata CAP turut mencadangkan latihan yang lebih ketat dikenakan oleh sekolah memandu untuk mengajar skil tunggangan defensif manakala ujian juga perlu diketatkan selain menangani isu lesen palsu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori