KIM Kardashian dengan gaya daring memang tidak dapat dipisahkan.
Cakaplah aksi apa yang dia tak pernah lakukan, hampir kesemuanya Kim telah realisasikan sehingga ke penggambaran gambar bogel pun dia sanggup lakukan demi kelangsungan dalam industri glamor Hollywood.
Terbaharu, Kim melakukan satu lagi photoshoot yang agak daring tapi kali ini lebih sopan dan tertutup jika dibandingkan dengan cover majalah Paper.
Kim Kardashian Buka Baju, Dedah Punggung Untuk Majalah
Apa yang ‘menarik’ suami Kim sendiri iaitu rapper Kanye West yang menata gaya isterinya dalam sesi penggambaran untuk majalah System itu.
Bergaya seakan-akan berbogel, Kim memakai pakaian berwarna kulit serta kasut but berwarna hitam.
Berlatar belakangkan rumput dan kawasan ladang, Kim beraksi mengikut arahan jurukamera Juergen Teller.
Selain menggayakan isterinya, Kanye turut membuat kemunculan dalam sampul hadapan majalah itu dengan aksi seakan-akan mahu mencium isteri kesayangannya itu.
Penggambaran dibuat ketika Kim baharu sahaja disahkan hamil anak kedua mereka beberapa bulan lalu. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=KCdF0wlmtL0
Oleh:  JULIANA JOHARÂÂ