Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

India, ASEAN Mahu Tingkat...

NEW DELHI - India dan negara-negara di rantau Asia Tenggara meningkatkan usaha membentuk...

NFCC Ditubuh Tangani Isu...

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju menubuhkan Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC) sebagai usaha menangani...

Lawat Sekolah: KM, MB...

GEORGE TOWN - Seseorang ketua menteri atau menteri besar yang mahu melawat sekolah...

Wanita Direman Bantu Siasatan...

JOHOR BAHRU - Seorang wanita direman hari ini bagi membantu siasatan berhubung tulisan...

Hanez Suraya Nafi Sudah Bersara Berlakon Lepas Kahwin

SEMENJAK mendirikan rumah tangga, aktres jelita Hanez Suraya boleh dikatakan sudah jarang muncul dari produk baru di layar perak mahupun kaca televisyen.

Menurut Hanez, dia kini terpaksa memperlahankan karier seninya kerana ingin memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga selain menghormati keputusan suaminya.

Apatah lagi, bintang berusia 29 tahun ini sedang hamil anak sulung hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta.

“Selepas berkahwin, anak dan suami jadi keutamaan saya. Saya juga menghormati permintaan suami yang meminta memperlahankan aktiviti seni. Namun, cinta saya terhadap bidang lakonan tidak pernah berkurang.

“Ada tawaran berlakon sebelum menunaikan umrah, tetapi terpaksa saya tolak kerana mahu fokus ibadah dan suami. Insya-Allah andai ada tawaran selepas ini saya akan terima. Selain berlakon, saya merancang menceburi bidang perniagaan,” katanya kepada Harian Metro.


Bercerita mengenai kandungannya, Hanez akui dia sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata yang kini sudah mencecah tiga bulan usia kandungan.

“Alhamdulillah, usia kandungan sudah mencecah 3 bulan dan berada dalam keadaan baik. Seperti wanita hamil lain, saya mengidam nak makan sesuatu, tetapi cari sendiri dan mengalami masalah alahan bau wangian serta masakan. Malah, saya terpaksa sorok semua minyak wangi di rumah,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori