Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Menyesal Seumur Hidup Kerana...

Berlin - Seorang lelaki yang membesarkan zakar dengan kaedah suntikan silikon kini menyesal...

Aswara Dinaik Taraf Jadi...

KUALA LUMPUR - Ikon seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee diangkat sebagai Tokoh...

Pendatang Tanpa Izin Jadikan...

LABUAN - Pendatang tanpa izin yang menjadi usahawan dalam sekelip mata menjadikan bandar...

Harga Minyak Kekal Rendah,...

KUALA LUMPUR - Harga minyak dijangka kekal rendah tahun depan, dan hasil daripada...

Hanya 30% Anggota Bomba Cuti Raya

SIK – Hanya 30 peratus daripada keseluruhan anggota bomba dan penyelamat dibenarkan mengambil cuti semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wira Wan Mohd. Noor Ibrahim.

Beliau berkata, tugas dan tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat sepanjang musim perayaan ini akan dipikul oleh 70 peratus anggotanya.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat sentiasa memastikan anggotanya mencukupi untuk berkhidmat pada musim perayaan sambutan Aidilfitri tahun ini di semua lokasi,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada 84 orang anak yatim dan miskin dari Rumah Penyayang Gemilang di sini malam tadi.

Katanya, sepanjang bulan puasa, program turun padang di semua balai bomba dan penyelamat di seluruh negara dilakukan bagi memastikan semangat anggota yang bertugas pada musim perayaan ini tidak terjejas.


Beliau juga menasihatkan umat Islam yang akan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri supaya berhati-hati di jalan raya dan memastikan barangan elektrik yang ditinggalkan tidak menjadi punca kebakaran.

Wan Mohd Noor memberi jaminan anggota bomba dan penyelamat adalah mencukupi di semua daerah untuk membantu jika berlaku sebarang kemalangan dan kebakaran pada musim perayaan ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori