HEBOH jadinya apabila seorang netizen yang dikenali sebagai Tasha Loveka mendakwa membeli kain corak batik yang menyerupai bentuk berhala.
Difahamkan, Tasha membeli kain tersebut ketika promosi perayaan yang sedang berlangsung baru-baru ini di Johor Bharu.
Pendedahan berserta gambar Tasha yang memuat naik menerusi laman Facebook menarik perhatian ramai yang terkejut dengan penemuan imej itu.
Apa yang paling tidak disangka-sangkakan, corak kain tersebut dijual oleh jenama kain terkemuka Malaysia milik usahawan Islam.
Bukan hendak menunding jari, namun jenama berkenaan seharusnya lebih peka dalam mengeluarkan produk-produk sebegini yang dikhuatiri unsur pemujaan.
Tambahan pula, pakaian yang mempunyai lambang salib atau lambang agama lain adalah satu penyerupaan dalam menzahirkan pakaian orang kafir yang haram dipakai.
Pernah dirawayatkan daripada ‘Adi bin Hatim, aku mendatangi Nabi SAW sementara di leherku ada salib daripada emas. Lantas, Baginda bersabda: “Buanglah berhala itu daripadamu.†(Al Mausu’ah al Fiqhiyah).
Apatah lagi, umum maklum bahawa isu melibatkan agama amatlah sensitif dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Oleh itu, umat Islam juga perlu berhati-hati meneliti setiap motif dan corak sebegini yang boleh memesongkan akidah umat Islam.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
https://www.youtube.com/watch?v=TcoXRRdpywghttps://www.youtube.com/watch?v=TcoXRRdpywg