Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Lepasan Pendidikan Khas Perlu...

TAWAU - Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching meminta majikan agar...

Hasil Dakwah Adam Corrie,...

SIAPAƃā€šĆ‚Ā sangkaƃā€šĆ‚Ā meskipun bukan dilahirkan sebagai Islam namun itu bukan alasan buat pelakon Adam Corrie...

“Biar Orang Nak Cakap...

PELAKON Datuk Fizz Fairuz berasa lebih selesa mengambil sikap tidak mengendahkan tohmahan negatif...

Man City Akan Terus...

LONDON - Manuel Pellegrini memberi jaminan Manchester City akan terus berjuang merebut kejuaraan...

Ibu Bapa Bayi 4 Bulan Yang Koma Direman 4 Hari

SUNGAI PETANI – Ibu dan bapa kepada bayi perempuan berusia empat bulan yang koma dipercayai didera di sini, ditahan reman empat hari, bagi membantu siasatan polis.

Perintah tahanan reman sehingga 10 Julai itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun di Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata pasangan berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada pukul 11 malam tadi.

Rabu lepas, bayi itu yang baru empat hari ditempatkan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di sini, dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani oleh pemilik pusat penjagaan itu selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri.

Mangsa dikatakan mengalami pendarahan pada otak dan mata. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori