Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Dr Nur Amalina Anggotai...

Pelatih pakar bedah Imperial College London (Imperial), Dr Nur Amalina Che Bakri menganggotai pasukan pengujian vaksin COVID-19 pertama di United Kingdom (UK).

Zakir Naik Didakwa Terlibat...

NEW DEHLI - Pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik didakwa terlibat dalam aktiviti pengubahan...

Wajib PERKESO Pekerja Asing...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia akan mewajibkan pihak majikan membuat caruman Pertubuhan...

Suspek Kes Pecah Kedai...

JOHOR BAHRU ā€“ Seorang lelaki, yang juga seorang daripada dua suspek kes pecah...

Ibu Kandung Mangsa Dera Ingin Anak Lupakan Kisah Perit

KOTA BHARU – Ibu kandung kepada kanak-kanak malang berusia lima tahun yang disyaki menjadi mangsa dera mahu anaknya melupakan segala kisah perit yang dilalui dan berhasrat menjaga kanak-kanak itu selepas ini.

Sana Abdul Malek, 28, berkata beliau amat gembira melihat keadaan anaknya, Nur Zuliana Zaara atau mesra dengan panggilan Yaya, yang mula menunjukkan perkembangan positif selepas dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

“Buat masa sekarang saya tidak mahu bertanya (kisah silam didera) apa-apa kepada Yaya. Saya tidak mahu mengingatkan Yaya mengenai apa yang dialaminya selama ini. Saya nak Yaya lupakan semua kisah sedih yang dilaluinya.

“Saya cuma nak meyakinkan Yaya yang saya akan menjaganya dengan baik selepas ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HRPZII di sini, hari ini.

Beliau berkata selepas menjalani pembedahan usus tiga hari lepas anaknya mula menunjukkan perubahan positif apabila kelihatan lebih aktif dan mula bercakap dengannya.

“Saya suka sangat bila Yaya bagi tahu dia hendak makan, cuma saya sedih bila Yaya cakap dia sudah lama tidak makan,” katanya.

Sana berkata beliau sebelum ini telah diberitahu oleh beberapa penduduk kampung bahawa Yaya didera oleh penjaganya, namun tidak mempercayainya kerana bekas suaminya itu memberitahu anaknya itu berada dalam keadaan baik.

Katanya, sebelum ini dia beberapa kali cuba menemui Yaya tetapi bekas suaminya memberi pelbagai alasan untuk menghalang dia berjumpa anaknya.

“Saya berusaha untuk menemui Yaya tetapi setiap kali pelbagai alasan diberikan bekas suami,” katanya yang sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau tidak mempedulikan anaknya sejak dua tahun lepas.


Sana berkata beliau hanya dapat menemui anaknya minggu lepas selepas ibu tiri Yaya menghubunginya untuk menyerahkan anaknya itu kepadanya selepas mereka tidak lagi mahu menjaganya.

“Hanya tuhan yang tahu perasaan saya ketika pertama kali melihat Yaya setelah sekian lama. Saya rasa hendak pengsan melihatkan keadaan Yaya yang sangat cengkung,” katanya.

Katanya, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan lanjut berhubung kes tersebut dan buat masa sekarang, kesihatan anaknya itu lebih penting.

Sementara itu, ibu saudara mangsa, Roslilawati Yusof, 32, berkata beliau dimaklumkan pihak sekolah pernah memanggil ayah dan ibu tiri Yaya ke sekolah selepas mendapati keadaan kesihatan Yaya yang agak merosot.

“Tetapi kami tidak mengetahui perkembangan lanjut berhubung perkara itu dan Yaya dikatakan berhenti sekolah selepas itu,” katanya.

Pengarah HRPZII Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata daripada pemantauan yang dilakukan Nur Zuliana dijangka akan cepat sembuh dan dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarganya.

Bagaimanapun, katanya, pihak hospital masih memantau keadaan perut kanak-kanak itu yang dibedah tiga hari lepas bagi pengambilan menu diet seterusnya secara berperingkat mengikut kesesuaian dan tahap kesihatannya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Dera

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori