Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Penjaga Gol Bunuh Kekasih...

PENJAGA gol salah sebuah kelab di Brazil, yang mengarahkan pembunuhan kekasihnya dengan kejam...

SPAD Akan Ambil Tindakan...

IPOH - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menggantung kad pemandu atau membatalkan...

DRB-HICOM Jual 11% Kepentingan...

KUALA LUMPUR - DRB-HICOM Bhd. menjual 11 peratus kepentingan dalam Motosikal dan Enjin...

Wisma Putra Bantah Komen...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri dijangka memanggil Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang...

Ibu Kerat Bayi 8 Bahagian Dihukum Penjara 12 Bulan

SEORANG wanita yang memotong bayi perempuannya kepada lapan bahagian sebaik sahaja dilahirkan, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Jitra selepas didapati bersalah menyembunyikan kelahiran seorang bayi, hari ini.

Majistret, Nurshahida Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Farihah Abd Aziz, 31, selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Foto: BERNAMA

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang merupakan seorang penganggur didakwa secara sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan cara memotong bayi berkenaan kepada lapan bahagian sebelum membuangnya ke dalam lubang tandas.

Farihah didapati melakukan kesalahan tersebut dalam bilik mandi di sebuah rumah di Kampung Manggol, Mukim Malau, Jitra antara jam 1 hingga 3 petang, 6 Julai lalu.

Atas kesalahan itu, tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naizatul Zima Tajudin, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Ummi Kalthum Zakaria.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Berita Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori