Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jadi Pembangkang Atau Kerajaan...

PAS kini hanya ada dua pilihan, sama ada terus kekal menjadi pembangkang utama...

Reka Bentuk Kapal Tempur...

KUALA LUMPUR : Reka bentuk terperinci pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) hampir siap...

Cadang Wujud Penasihat Undang-Undang...

KUALA LUMPUR - Jawatan Penasihat Undang-Undang (PUU) dicadangkan diwujudkan di Jabatan Kemajuan Orang...

Kadar Kemalangan Di Industri...

KUALA LUMPUR - Kadar kemalangan di industri pekerjaan menurun sebanyak 10,824 kes pada...

Ibu Rakam Anak Dalam Mesin Basuh Dikecam Hebat

ERSKINE – Gurauan kasar…. itu yang berlaku kepada seorang wanita muda, Courtney Stewart, 21, yang memuat naik gambar anaknya yang berusia dua tahun di dalam mesin basuh, menerusi Facebook dengan kapsyen `untuk bahan ketawa’.

Perbuatannya itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai dan mereka menyifatkan Courtney sebagai ibu yang teruk.

Malah ia juga menyebabkan dia disoal siasat oleh polis selepas gambar anak lelakinya itu yang menghidap Down Syndrome tersebar.

“Dia sukakan mesin basuh. Kami merakamkan gambar itu dan ia untuk gelak ketawa.

“Adalah jelas anak saya ketawa dalam gambar itu, jadi saya tidak faham kenapa orang salah anggap mengenainya. Apa yang mereka sangka saya lakukan. Putar anak saya?

“Sesiapa yang mengenali anak saya tahu bahawa dia memang obses dengan mesin basuh,’’ kata Courtney yang cuba mempertahankan diri.


Menurut Courtney, dia tidak tahu siapa yang membuat laporan namun ibu muda ini menyifatkannya sebagai tidak masuk akal, katanya yang enggan meminta maaf atas tindakan tersebut

Dalam pada itu, jiran-jiran Courtney tidak suka dengan perbuatan berkenaan dan marah dengannya.

“Ia amat teruk. Bagi ibu bapa yang merakamkannya dan memuat naik dalam Facebook, memang sukar dipercayai.

“Patutlah orang ramai marah dengannya dan penduduk di sini bercakap mengenainya. Nyata mereka amat terkejut,’’ katanya.

Courtney mendakwa anaknya itu memanjat sendiri mesin basuh berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori