Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Musa Pemimpin Yang Boleh...

KOTA MARUDU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman adalah pemimpin yang...

Amelina Solat Istikharah 3...

Nama ratu dangdut yang dahulunya menyepi ini secara tiba-tiba kembali menyinari dunia industri...

Gaji RM1,400… Ramai Posmen...

JIKA anda menetap di Cheras dan tidak menerima sebarang surat atau lewat daripada...

Persiapan Temasya KL2017 Di...

KUALA LUMPUR - Persiapan bagi penganjuran temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (Kuala Lumpur...

Ibu Tak Sanggup Pecah Cermin BMW Demi Selamatkan Anak

GILA dan pelik!

Gara-gara terlalu sayangkan kereta mewahnya, seorang wanita di China menerima kritikan dan kecaman hebat daripada pengguna media sosial seluruh dunia apabila enggan memecahkan tingkap kereta BMW miliknya.

Ia sepatutnya perlu dilakukan demi menyelamatkan anaknya yang terperangkap dalam kereta berkenaan.

hong-kong-1

Kejadian yang berlaku di bandar Yiwu, wilayah Zhejiang itu menjadi heboh apabila orang ramai bertindak mengelilingi kereta BMW tersebut selepas mendengar tangisan seorang kanak-kanak lelaki.


Difahamkan, ketika kejadian tersebut, si ibu hanya berdiri di luar kereta jenama Jerman itu menunggu kedatangan seorang tukang kunci tanpa mempedulikan jeritan simpati anaknya.

Menurut seorang saksi, ibu mangsa juga dikatakan bertindak menghalang anggota bomba yang hendak memecahkan tingkap kereta itu meskipun anaknya yang berusia tiga tahun itu kelihatan semakin lemah.

Bagaimanapun, akibat risau akan keselamatan kanak-kanak berkenaan, anggota bomba terbabit langsung mengabaikan arahan wanita berkenaan dan bertindak segera memecahkan tingkap kereta tersebut.Mujur kanak-kanar itu masih lagi berada dalam keadaan baik walaupun jenuh sesak nafas teruk.

Insiden sensasi itu kemudian dikongsi di laman sosial sekali gus mencetuskan amarah orang ramai.

-MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori