Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Keganasan Di Gaza: Erdogan...

ANKARA - Bagi Presiden Turki, Tayyip Erdogan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah runtuh...

Polis, Tentera Indonesia Siasat...

JAKARTA: Polis dan tentera Indonesia membuka kertas siasatan berhubung sindiket membawa pendatang asing...

Perlu Lebih Tindakan Henti...

KUALA LUMPUR - Lebih banyak perundingan dan tindakan susulan diperlukan bagi menghapuskan ancaman...

Darurat ‘Palsu’ Trump Cetus...

DEMONSTRASI telah diadakan pada Isnin di Washington, New York, Chicago dan berpuluh-puluh lagi...

Ihsan Perdana Nafi Pindahkan Wang Ke Dalam Akaun Najib

KUALA LUMPUR – Ihsan Perdana Sdn Bhd hari ini menafikan ada memindahkan wang ke dalam sebarang akaun individu termasuk milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah Urusannya Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman berkata dakwaan bahawa syarikat itu memindahkan wang untuk program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ke dalam akan peribadi Najib adalah tidak berasas.

“Dakwaan itu adalah tidak berasas dan merupakan pembohongan … saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang pemindahan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri seperti didakwa dalam laporan media,” katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Syarikat Ihsan Perdana yang melaksanakan program CSR untuk Yayasan Kebajikan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), telah disebut dalam satu artikel oleh Wall Street Journal (WSJ) hari ini.


Artikel itu mendakwa hampir US$700 juta dana daripada 1MDB masuk ke dalam akaun peribadi Najib dan Ihsan Perdana adalah antara syarikat yang terlibat menurut penyiasat yang tidak dinamakan.

Dr Shamsul Anwar dalam menafikan dakwaan itu berkata projek CSR yang dilaksanakan Ihsan Perdana diaudit sepenuhnya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori