Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Banjir: Mangsa Terengganu Kini...

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus merekodkan peningkatan apabila mencecah...

60K Saman Trafik Tertunggak...

MIRI - Polis akan menjalankan Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing (OSTWA) bermula Jumaat...

Tun Daim Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di sebuah hospital...

Slovakia Tawar RM4.8 Juta...

HADIAH... Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, kelmarin berkata bahawa kerajaan negara Eropah itu...

Imigresen: 52 Individu Termasuk Dua Warga Singapura Didakwa

PONTIAN – Seramai 52 individu, termasuk dua warga Singapura hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Imigresen Pekan Nanas di sini atas tuduhan meninggalkan Malaysia tanpa melalui pusat kawalan imigresen yang dibenarkan.

Hakim Salawati D’Jambri menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda terhadap setiap warga Malaysia manakala dua rakyat Singapura itu pula didenda RM2,000 atau penjara lima bulan.

Kesemua mereka, yang berumur antara 20 dan 60 tahun itu, tidak diwakili peguam kecuali seorang tertuduh, Saharudin Mohd Sam, 44 tahun, yang diwakili peguam Nur Affida Mohd Sam.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Kilometer 757.50 laluan kereta api Johor Baharu ke Singapura kira-kira 6.45 pagi, pada 26 Jun.


Mereka didakwa di bawah Seksyen 5 (1) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) dan Seksyen 5 (2) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 57 akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Imigresen Noridayu Md Kassim bersama Pegawai Pendakwa A. Vikneswaran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori