Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mesyuarat BN Dipercayai Bincang...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat tergempar Barisan Nasional (BN) dipercayai membincangkan mengenai kedudukan parti...

23 Mac Permohonan Liong...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 23 Mac depan untuk membuat...

Video: Lelaki Beri Bayi...

SEBUAH video yang menunjukkan seorang bayi diberi minuman keras serta rokok di Romania...

Hospital Kedua Koronavirus Siap...

BEIJING - Ia kedengaran pelik tetapi benar-benar berlaku di China yang kini bergelut...

Haram Tonton TV Waktu Maghrib Hingga Isyak Di Jawa Barat

KETUA daerah Purwakarta di Jawa Barat, Dedi Mulyadi mengarahkan televisyen ditutup ketika waktu Maghrib bagi membolehkan kanak-kanak melakukan amalan solat berjemaah, belajar agama dan mengaji al-Quran.

Ini berikutan, amalan tersebut semakin ditinggal dan diabaikan dipercayai berpunca daripada siaran program televisyen yang tidak membawa sebarang manfaat.

Difahamkan, larangan tersebut berkuat kuasa pada waktu solat Maghrib sehingga solat Isyak.

“Ketika ini, budaya solat Maghrib berjemaah, membaca al-Quran dan belajar agama mulai Maghrib hingga Isyak sudah banyak ditinggalkan.

“Semuanya berpunca daripada program televisyen yang tidak berguna pada waktu Maghrib yang menyebabkan kanak-kanak tidak mahu mengamalkannya,” kata Dedi Mulyadi.

Tambahnya, bulan Ramadan adalah waktu yang paling sesuai menguat kuasa larangan tersebut kerana umat Islam digalakkan meningkatkan amal ibadat sepanjang bulan suci itu.


Pada masa sama, arahan ini telah pun dibawa kepada pemimpin masyarakat, ketua mukim dan ketua kampung.

“Saya mengarahkan mereka mempromosikan larangan tidak menonton televisyen mulai waktu Maghrib hingga Isyak,” jelasnya.

Bagaimanapun, pelaksanaan larangan ini masih kurang jelas kerana tidak termaktub dalam undang-undang. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE
https://www.youtube.com/watch?v=Y9_KLO6zPtE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori