Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Skuad Tok Gajah Gagal...

KUANTAN - Serba tidak menjadi, itulah yang dapat disimpulkan dengan corak permainan yang ditunjukkan skuad...

Gugur BlackRock Beri Kesan...

KUALA LUMPUR : Firma pelaburan global, BlackRock Inc sudah memiliki pelaburan ekuiti dalam...

“Mana Satu Gambar Yang...

TULAR di media sosial beberapa keping gambar memaparkan seorang lelaki dengan ekspresi muka...

Shahrizat Sah Bertanding Jawatan...

PETALING JAYA – Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat...

Info Awal Samsung Galaxy Note 5 Kedengaran

PADA setiap tahun, Samsung akan mengemaskini keluarga peranti Galaxy Note mereka sekitar bulan September.

Pada tahun lepas, mereka telah memperkenalkan Galaxy Note 4 pada acara IFA 2014, dan kini dengan bulan September yang semakin hampir, beberapa info awal mengenai Galaxy Note 5 mula kedengaran.

Galaxy Note 5 dikatakan dipanggil sebagai “Project Nobble” secara dalaman, dimana ia dijangka akan menggunakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan resolusi 2560×1440 pixel. Samsung Galaxy Note 5 turut dikatakan bakal menggunakan cip pemprosesan Exynos 7422 64-bit.

Galaxy Note 5 dikatakan akan membawakan rekaan berasaskan kaca pada bahagian belakang – lebih kurang sama seperti Galaxy S6.

Perkara ini mungkin membuatkan kerangka belakang tidak boleh ditanggalkan, dan Samsung mungkin tidak menyertakan sokongan mikro-SD untuk mengekalkan prestasi kepantasan ruangan storan terbina pada peranti.


Selain daripada Galaxy Note 5, Samsung juga dijangka akan memperkenalkan Galaxy S6 Edge Plus yang mana merupakan satu lagi phablet daripada mereka, tetapi mungkin tidak menyertakan sokongan stylus, serta hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 808. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Sumber: Sammobile

https://www.youtube.com/watch?v=1k1dUuYKb8U

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori