Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Belanda Pertahan Kendalikan...

AMSTERDAM - Kerajaan Belanda hari ini menolak gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar...

Siapa Mahathir Di Mata...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan Perdana...

Rugi RM6,500 Kerana Percaya...

KUANTAN – Seorang suri rumah kerugian RM6,500 setelah berurusan dengan individu yang mendakwa...

Gelandangan Ditawar Latihan Dan...

GELANDANGAN di sekitar ibu negara akan diberi latihan dan kursus suai kenal pendek...

Inilah Video Eksklusif Pengakuan Pemfitnah PM Isu 1MDB

PETANG Rabu, seluruh negara digemparkan dengan sidang akhbar oleh Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai bukti fitnah pengendali portal Sarawak Report.

Bagaimanapun, beliau hanya menunjukkan laporan polis oleh seorang pengadu mengenai salah laku ‘orang kuat’ portal tersebut, Claire Rewcastle Brown yang begitu galak memburuk-burukkan kepimpinan negara kita.

Ini termasuk kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima duit berbilion-bilion ringgit secara rahsia daripada syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak sekian lama.

Ramai teruja dengan perkembangan terbaharu itu susulan pendedahan pelbagai badan bebas antarabangsa yang mengesahkan laporan Sarawak Report selama ini adalah palsu dan sengaja direka untuk tujuan jahat.

Bertambah menarik apabila sumber berita fitnah itu akhirnya berjaya dicekup polis di Thailand bulan lalu sekali gus membongkar suspek pernah memeras ugut bekas majikannya konon ada dokumen berharga untuk dijual.

Baca: Bukti Terbaru Salah Laku Claire Brown Dilaporkan

Lebih sensasi pendedahan Wall Street Journal baru-baru ini konon Najib ada akaun rahsia yang kemudian juga terbukti tidak berasas sementelahan akhbar itu diketahui didalangi Zionis yang ada agenda muslihat tersendiri.

Akhirnya pendedahan Abdul Rahman berjaya dibongkar apabila lewat malam Rabu, laman-laman sosial di negara ini mula sensasi dengan penyebaran video SR Part 1 yang menceritakan siapakah individu belakang tabir itu.

Rakaman berdurasi 3 minit 48 saat itu menunjukkan bekas pembantu Claire, Lester Melanyi dari Kuching, Sarawak yang mengaku pernah bekerja dengan Yayasan Bruno Manser (BMF) milik aktivis alam sekitar tersebut.

Beliau terpaksa berbuat demikian kerana menghidapi penyakit angin ahmar, dilaporkan bekerja dengan BMF yang terkenal lantang menghentam kerajaan negeri Sarawak sejak 2011 sebelum diambil bertugas oleh Claire.

Tugas Melanyi ialah mengumpulkan sebarang maklumat berkaitan kerajaan untuk diolah semula oleh Sarawak Report dan memberi nombor telefon individu tertentu bagi dihubungi stesen haram, Radio Free Sarawak (RFS).


Baca: Satu Lagi Drama Plot Jahat Sarawak Report

Sarawak Report dan RFS berpusat di London, Britain manakala lelaki ini yang bertugas di Kuching turut menulis untuk portal itu serta menerima gaji menerusi talian antarabangsa, Western Union atas nama abang iparnya.

Dia hanya berkomunikasi secara berutus balas e-mel tetapi jika ada isu besar, Claire sendiri akan menghubungi Melanyi dengan fokus utama sebelum ini menghancurkan imej bekas Ketua Menteri, Tun Abdul Taib Mahmud.

Bagaimanapun, hala tuju Sarawak Report dan RFS tiba-tiba tanpa sebab jelas diubah terus kepada usaha memusnahkan Najib, jelas Melanyi yang pernah menetap selama setahun di London antara 2012 dan 2013.

Kedua-dua media itu dibiayai oleh BMF dan dia pernah melihat pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim bertemu Claire pada 2014 di London dengan perbincangan lebih kepada mengeksploitasi isu 1MDB sebaik mungkin.

Dakwaan Melanyi nyata amat serius dan tindakan Abdul Rahman membuat laporan polis susulan penyebaran video itu membuktikan ada dalang perancang utama bekerjasama dengan pihak asing bagi memfitnah Najib.

Ini kerana cerita tohmahan 1MDB mula sensasi awal tahun ini dan seperti didedahkan Melanyi, rancangan plot jahat tersebut sudah dirangka sejak Januari lalu bagi membangkitkan perasaan marah rakyat ke atas kerajaan.

Jika tuduhan Melanyi benar, adalah malang rakyat Malaysia selama ini termakan hasutan dakyah pembangkang tanpa sedar mereka selama ini diperbodohkan secara sistematik oleh individu tertentu. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori