Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Seorang Pelajar Malaysia Lemas...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Malaysia, Abdul Amzar Azim Azmi yang dilaporkan hilang...

Guan Eng Dipanggil Ke...

SHAH ALAM - Polis memanggil Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bagi membantu...

Laporan 1,684 P-Hailing Maut...

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini berkata laporan berita mengatakan 1,684 penunggang...

‘Guna’ Wang Anak Mangsa...

SUSULAN kecoh kisah seorang kakak dakwa adiknya 'pecah amanah' duit derma masyarakat terhadap...

Insiden Plaza Low Yat Perbuatan Jenayah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kejadian pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat perlu dilihat sebagai perbuatan jenayah dan bukannya satu masalah perkauman.

Beliau menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan media sosial untuk menghangatkan unsur perkauman dalam kejadian itu sebagai tidak bertanggungjawab dan memberi perspektif tidak tepat tentang perkara sebenar yang berlaku.

Najib berkata beliau telah meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan berkesan untuk mengelakkan kejadian seperti yang berlaku malam tadi daripada berulang.

“Ini satu perkara yang perlu diserah kepada polis untuk lakukan siasatan rapi. Mereka yang langgar undang-undang, tindakan akan diambil.

“Saya nak tegaskan dalam perkara seperti ini, kelazimannya ialah untuk melihat sesuatu dari perspektif kaum. Satu perbuatan jenayah akhirnya dijadikan pertimbangan yang berunsur perkauman. Ini tidak seharusnya berlaku dalam negara kita,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan gelandangan pada majlis Nur Ramadan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Pusat Khidmat Sementara Gelandangan, Lorong Medan Tuanku 2, Jalan Sultan Ismail di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Malam tadi, dianggarkan ratusan orang berkumpul di hadapan Plaza Low Yat susulan insiden pergaduhan pada Sabtu yang didakwa berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang lelaki yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.


Setakat ini, polis telah menahan 19 individu yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan itu yang turut melibatkan beberapa insiden pergaduhan.

Menurut Najib, selain menghangatkan unsur perkauman di media sosial, terdapat juga pihak yang menyebarkan gambar-gambar yang langsung tiada kaitan dengan kejadian berkenaan.

Justeru, beliau menyarankan agar rakyat tidak mudah menerima dan mempercayai apa jua perkara yang tersebar melalui media sosial, selain memeriksa fakta sebenarnya bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang.

“Bertenang dan serah kepada pihak berkuasa sebab pihak polis ada kemampuan jaga ketenteraman awam dan pastikan keadilan tetap dapat kita tentukan dalam kes ini dan dalam perkara-perkara lain.

“Orang ramai jangan mudah sangat percaya berita. Bila sesuatu berlaku mesti periksa fakta sebenar. Dan jangan jadi ‘mob psychology’. (Bila) sesuatu berlaku, semua nak berhimpun…tanpa tahu perkara sebenar kita ambil tindakan ikut emosi,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada kelewatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan menyekat kebebasan media sosial menjadi punca salah guna oleh pihak bertanggungjawab, Najib berkata perkara itu wajar dikaji secara mendalam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori