KUALA LUMPUR – Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) telah memperkenalkan Kad Ahli Kehormat baru dengan kemudahan Touch N Go.
Pengerusi KER1M, YH Penolong Pesuruhjaya Rela Dato’ Ranjith berkata, Kad Keahlian ini telah diperkenalkan sejak tahun 2013 dan kini kad tersebut ditukar dengan ciri-ciri tambahan seperti Touch N Go dan digunapakai untuk menikmati kemudahan diskaun-diskaun dari pelbagai pusat tawaran.
Sempena sambutan hari kemerdekaan yang akan tiba pada bulan Ogos, Persatuan ini akan menawarkan skim insuran kemalangan percuma bernilai RM 10,000 untuk 500 ahli baru dengan hanya membuat bayaran pendaftaran keahlian biasa sebanyak RM 50 sahaja manakala yuran tahunan dikecualikan bagi tahun pertama.
Usaha ini adalah untuk memberikan peluang kepada rakyat menyertai persatuan seterusnya melibatkan diri dalam program-progam dan aktiviti-aktiviti yang memberikan manfaat kepada rakyat dan negara selaras dengan Gagasan 1 Malaysia.
Untuk pendaftaran sila hubungi 03-21611999 Encik Azeem Bin Pishal, Ketua Pegawai Perhubungan Awam KER1M, [email protected] atau Nur Hidayah Binti Hamzah 03-21644999 [email protected]
Sumber : Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) – BERNAMA