Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kastam Kelantan Buru 700...

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan sedang memburu 700 syarikat...

Perbicaraan Kes 1MDB Najib...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes berprofil tinggi melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun...

KPDNKK Promosi GST Melalui...

KUALA LUMPUR - Trend 'selfie' yang menjadi kegilaan masyarakat masa kini 'dimanfaatkan' oleh...

Zamani ‘Lari’ Dari Rumah...

BEKAS penyanyi kumpulan Slam, Zamani Ibrahim yang sedang menjalani rawatan pemulihan penyalahgunaan dadah...

Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang, Lelaki Mati Dibelasah

SEORANG lelaki yang dituduh mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang meninggal dunia selepas dibelasah teruk dua lelaki di Taman Kota Aman, Yong Peng, Johor Bahru.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang merupakan ahli perniagaan berumur 50 tahun dan berasal dari Johor Bahru ditemui kira-kira jam 11 pagi semalam dalam keadaan nazak di tepi jalan di taman perumahan berkenaan.

Selepas mangsa dijumpai orang ramai segera menghubungi ambulans.

Berdasarkan maklumat saksi, mangsa yang memandu kereta jenis Mercedes Benz dari Yong Peng telah memasuki kawasan taman perumahan berkenaan sambil diekori oleh sebuah kenderaan lain.

Kereta mangsa kemudiannya dipintas oleh kenderaan yang mengekori tersebut, sebelum dua lelaki dikatakan keluar dari kereta lalu menarik mangsa.


“Mangsa cuba menjelaskan sesuatu kepada dua lelaki terbabit sebelum cuba melarikan diri tetapi dihalang suspek yang membelasahnya sehingga rebah,” cerita saksi tersebut. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=M9cZ8rnH1mw

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori