Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Cristiano Ronaldo Beritahu Rakan...

CRISTIANO Ronaldo sedang melihat peluang perpindahan musim panas dari Real Madrid dan dilaporkan...

Lantikan Politik PH Runtuhkan...

KESAL... Pelantikan politik Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) seolah-olah menunjukkan...

Johor Teruskan Program Insentif...

JOHOR BAHRU - Jabatan Pertanian Johor akan meneruskan program insentif dan bantuan untuk...

Pemergian Ng Kehilangan Besar...

SHAH ALAM - Pemergian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Eddie Ng Tien...

Jangan Ambil Mudah Pemakaian Tali Pinggang Keledar

KUALA LUMPUR – Keselamatan nyawa pengguna jalan raya terjamin 60 peratus apabila mereka memakai tali pinggang keledar, demikian menurut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Ketua Pengarahnya Prof Dr Wong Shaw Voon berkata penggunaan alat keselamatan itu berkesan mengurangkan risiko kematian dan berfungsi menahan penumpang agar tidak tercampak keluar dari kenderaan mereka apabila terdapat momentum yang menghentak kuat semasa kemalangan.

“Kecederaan parah sehingga mengakibatkan kematian biasanya berlaku disebabkan penumpang mengalami hentakan kuat dan tercampak dari posisi asal mereka.

“Konsep penggunaan taling pinggang keledar sama juga dengan pemakaian topi keledar bagi pengguna motosikal,” katanya kepada Bernama.

Sejumlah 20,257 kemalangan dan 155 kematian direkod di seluruh negara dalam tempoh tujuh hari pertama ‘Ops Selamat 7’ yang dilancarkan pada 10 Julai lalu dan mencatat purata jumlah kematian lebih tinggi iaitu 22 orang sehari berbanding 13 kematian dalam tempoh sama tahun lepas.

Daripada jumlah tersebut, dilaporkan penunggang dan pembonceng motosikal merupakan bilangan terbesar yang maut dengan 94 kes manakala kereta sebanyak 35 kes.

Wong berkata sikap orang ramai yang menganggap pemakaian tali pinggang keledar sebagai hal yang remeh adalah penyumbang utama kepada peningkatan kadar kematian akibat kemalangan.

“Paling mengecewakan apabila pelbagai alasan diberikan termasuk merasa rimas atau perjalanan hanya dekat sahaja, sedangkan untuk memakai tali pinggang keledar atau topi keledar hanya mengambil masa beberapa saat sahaja,” katanya.

Beliau berkata ada juga pengguna menganggap beg udara di dalam kereta sudah memadai untuk mengurangkan impak ketika kemalangan, sedangkan peralatan itu juga perlu digunakan bersama alat keselamatan utama iaitu tali pinggang keledar.


“Hentakan kuat mengakibatkan beg udara mudah pecah sebab itulah pemandu dan penumpang hadapan perlu memakai tali pinggang keledar kerana ia mampu menghalang hentaman kuat kepada beg udara tersebut,” tegasnya.

Menyedari kepentingan dan keberkesanan pemakaian tali pinggang keledar dalam mengurangkan risiko kematian semasa kemalangan, peraturan penggunaan tali pinggang keledar tempat duduk belakang turut dikuatkuasakan pada 1 Jan 2009 melalui Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008) mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Wong berkata pemakaian tali pinggang keledar oleh penumpang di bahagian belakang dapat mengurangkan risiko bagi pemandu dan penumpang hadapan daripada tercampak keluar.

“Impak hentakan penumpang belakang adalah besar ketika kemalangan kerana berat badan penumpang belakang bertambah 30 hingga 60 kali ganda daripada berat asal semasa kemalangan pada kelajuan 50 kilometer sejam, dan keadaan itu boleh mendatangkan kecederaan serius kepada penumpang hadapan,” katanya.

Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Abd Ghafar Yusof berkata pelbagai usaha proaktif terus dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak terutama Kementerian Pendidikan bagi mewujudkan sebuah modul pendidikan keselamatan di sekolah.

“Usaha ini melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah untuk memahami kepentingan aspek keselamatan jalan raya. JKJR komited untuk mendidik orang ramai dan kali ini kita tumpukan kepada anak-anak muda supaya mereka menjadi alah bisa tegal biasa,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MIROS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori