Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kereta Lawan Arus Rempuh...

GEORGE TOWN - Dua penunggang motosikal maut manakala seorang lagi penunggang cedera parah...

Minta Sedekah: 12 Kanak-Kanak...

IPOH - Seramai 12 kanak-kanak perempuan warga tempatan diselamatkan daripada menjadi mangsa eksploitasi...

PRN Johor: Ahmad Zahid...

JOHOR BAHRU : Memasuki hari ketiga pembubaran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor,...

Kenaikan Harga Bahan Mentah...

KEMAMAN - Kenaikan harga bekalan bahan mentah seperti ayam dan daging pada musim...

Jangan Biar Konspirasi Jatuhkan Kerajaan Jadi Budaya

KUALA LUMPUR – Konspirasi menjatuhkan kerajaan merupakan kesalahan yang serius dan mana-mana pihak termasuk anggota Parlimen yang terbukti terlibat perlu dikenakan tindakan supaya ia tidak menular menjadi satu budaya.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata perbuatan menghasut dan menyebarkan fitnah bagi menjatuhkan nama baik negara adalah tidak wajar dan tidak berdemokratik.

“Buat masa sekarang tidak ada tindakan undang-undang spesifik tetapi sekiranya perbuatan ini diteruskan oleh mana-mana pihak termasuk anggota Parlimen, saya mencadangkan Parlimen mewujudkan satu undang-undang untuk membanteras perkara ini.

“Anggota Parlimen dipilih oleh rakyat, ikrar lafaz setia dah dibuat dan secara moralnya mereka mesti akur kepada lafaz setia yang dilakukan. Saya tidak mahu membuat spekulasi, tapi andainya berlaku perkara itu amat serius bagi saya,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen di sini, hari ini.

Abu Zahar diminta mengulas dakwaan mengenai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara menggugat kestabilan dalam negara dan keselamatan nasional.


Baru-baru ini bekas Eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo membuat pendedahan bahawa beberapa pemimpin pembangkang telah mengadakan pertemuan dengan beliau di Singapura untuk membeli maklumat sulit daripadanya bagi memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

“Saya tidak tahu siapa yang terlibat, siapa anggota Parlimen terlibat. Tapi jika benar mereka tidak hormat, mereka tidak layak menjadi anggota Parlimen.

“Anggota Parlimen mesti mematuhi undang-undang, jangan hukum seseorang sehingga penyiasatan selesai dijalankan,” kata Abu Zahar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori