Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rumah Kena Rompak, Isteri...

SEORANG isteri berusia 34 tahun trauma apabila menjadi mangsa rogol penyamun selepas rumahnya...

Wanita Perlu Berani Untuk...

SEPANG - Kemampuan dan kesungguhan seseorang wanita yang berusaha menjadi seorang juruterbang, tidak...

“Saya Bukan Bintang Porno”...

JERMAINE Pennant menafikan dakwaan mengenai beliau adalah bintang porno dan menyifatkannya sebagai 'gurauan'. Bekas...

Warga Emas Rentung Dalam...

TANAH MERAH - Seorang warga emas rentung dalam kebakaran melibatkan tiga buah rumah...

Jangan Jadikan Pengguguran Muhyiddin Sebab Perpecahan

SERDANG – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri tidak dijadikan isu yang boleh mewujudkan perpecahan dalam kalangan anggota UMNO.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang baharu berkata seluruh anggota parti perlu sedar bahawa soal melantik atau menggugurkan seseorang menteri merupakan kuasa mutlak Datuk Seri Najib Tun Razak selaku perdana menteri.

“Saya harap semua anggota UMNO bertenang kerana yang pentingnya di sini bukan individu tetapi lebih utama adalah parti dan sebagai tanda sayang kita mesti bersatu di bawah satu kepimpinan untuk kemenangan parti secara keseluruhan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada majlis jamuan Aidilfitri Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.


Dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri semalam, Ismail Sabri dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang baharu manakala tempatnya sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang sebelum itu mengetuai Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

– BERNAMA

https://youtu.be/lo4Vumewpyw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori