Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Peguam Jho Low Cuba...

KUALA LUMPUR – Peguam Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low...

Kalau La Di Malaysia...

Kalau anda jenis yang suka membuang sampah merata-rata, diharap rencana pendek dan klip...

51 Remaja Ahli Geng...

SUNGAI BULOH - Seramai 51 orang remaja akan didakwa di mahkamah berhubung kegiatan...

KKM Yakin Selesai Projek...

BUKIT MERTAJAM - Kementerian Kesihatan (KKM) yakin dapat menyelesaikan semua projek naik taraf...

Jangan Persoal Kod Etika Pemakaian Di Pejabat Kerajaan

MUAR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim mengingatkan pihak tertentu termasuk pembangkang supaya tidak mempertikaikan kod etika pemakaian di pejabat kerajaan.

Beliau berkata perkara itu tidak wajar dipersoal atau dipolitikkan kerana tujuannya untuk memastikan warga negara ini bersopan, bermoral dan berdisiplin semasa berurusan di kaunter awam.

Kod etika berpakaian sedia ada bukan ditujukan untuk mana-mana kaum tetapi terpakai kepada semua dan isu itu tidak seharusnya diperbesarkan untuk meraih publisiti atau mempunyai kepentingan tertentu, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Muar di sini hari ini.

“Pembangkang kalau tidak bersetuju mereka boleh memperkenalkan kod etikapemakaian itu (tidak sopan) di negeri diperintah mereka. Kita mahu melihat bolehkah orang awam memakai seluar pendek untuk berurusan atau untuk bertemu
ketua menteri dan menteri besar mereka,” katanya

Razali berkata demikian ketika diminta mengulas isu beberapa wanita termasuk wartawan dihalang memasuki bangunan kerajaan kerana tidak memakai pakaian sopan baru-baru ini.


Razali berpendapat tindakan itu adalah wajar dan sebagai cara mendidik kerana ketika ini tatacara berpakaian di pejabat kerajaan yang selaras dengan Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, masih kurang dipatuhi.

“Kalau tidak mahu mematuhi dan mengikut selera masing-masing, kita tidakmahu nanti ada yang datang ke pejabat kerajaan hanya memakai bikini atau boleh berbogel di tempat awam,” katanya.

Beliau berkata tidak wajar kod etika berpakaian dilonggarkan hanya keranabeberapa pihak enggan mematuhinya lalu membuat kecoh di media sosial sedangkan berjuta rakyat negara ini tahu menghormatinya. – BERNAMA

https://youtu.be/Y6tDKeAqqaw

  • Lagi berita berkaitan:
  • Skirt

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori