GEORGE TOWN – Krisis identiti Pakatan Rakyat nampaknya semakin terserlah apabila nama gabungan longgar tiga parti pembangkang anti-BN itu semacam menjadi ‘taboo’ atau jijik dinyatakan secara rasmi dan terbuka.
Kali ini terbaharu nama Pakatan Rakyat mulai dilarang disebut secara jelas bukan diarahkan oleh Pendaftar Pertubuhan; yang secara kebetulan organisasi itu tidak pernah berdaftar sejak ditubuhkan pada 2008 lalu.
Sebaliknya pengharaman sebutan Pakatan Rakyat diumumkan sendiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi merujuk nama pentadbiran politik kerajaan negeri ini yang selama ini disebut Kerajaan Pakatan Rakyat.
Cakap mudah loghat Utara: “Kerajaan negeri laa ni bukan lagi kerajaan Pakatan Rakyat sebaliknya dikenali Kerajaan Negeri Pulau Pinang, ingat ini nama kena sebut. Jangan dok habaq Kerajaan Pakatan macam dulu.”
Menurut Guan Eng, perkara itu dicapai menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada Rabu yang dihadiri kesemua 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) anti-BN yang menyokong kerajaan Pulau Pinang.
Anehnya dan mungkin paling lucu, turut dicapai dalam mesyuarat Exco berkenaan, ujarnya, keputusan untuk tidak bersetuju dengan usul Muktamar Pas ke-61 baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP.
Dalam pada itu, Guan Eng memaklumkan, mesyuarat Exco juga memutuskan untuk meneruskan urus tadbir kerajaan negeri Pulau Pinang seperti biasa berdasarkan dasar bersama pembangkang yang digubal pada 2009.
Tetapi peliknya, urus tadbir kerajaan negeri itu kini menurut beliau, juga adalah berlandaskan kepada manifesto Pakatan Rakyat yang pernah digunakan ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013 lalu.
“Kita juga menerima bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi berikutan usul Muktamar Pas. Dalam mesyuarat bersama 30 ADUN pro-Kerajaan Pulau Pinang pada 18 Jun lalu termasuk ADUN Permatang Pasir daripada Pas, semuanya sokong ketiga-tiga ketetapan itu,†katanya.
Berikutan keputusan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ketika ini merupakan kerajaan campuran longgar dengan persetujuan 30 ADUN iaitu 19 daripada DAP; 10 daripada PKR dan seorang wakil tunggal daripada Pas.
Baki 10 lagi ADUN iaitu daripada keseluruhan 40 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang adalah daripada Barisan Nasional (BN); sebuah organisasi sah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan sejak awal 1970-an lagi.
Sebelum ini, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP (belum disahkan jawatannya) mengisytiharkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud berikutan Muktamar Pas meluluskan resolusi untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Baca: Sah Haram, Boleh Didakwa Jika Sebut Nama Pakatan Rakyat
Serentak itu juga, DAP memberi tekanan kepada ahli-ahli Pas yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri agar melepaskan jawatan masing-masing termasuk memecat beberapa orang yang tegar berdegil enggan berundur.
Kemelut nama rasmi gabungan itu timbul ekoran seorang Exco dari PKR, Dr. Afif Bahardin mendakwa kerajaan Pulau Pinang masih Kerajaan Pakatan Rakyat apabila penduduk negeri itu keliru siapakah memerintah mereka.
Hakikatnya Pakatan Rakyat itu sendiri adalah organisasi haram dan menurut Akta Pertubuhan 1966, mereka yang mempromosikan badan tidak berdaftar boleh didakwa serta dihukum penjara dan denda. – MYNEWSHUB.CC
contoh nyata masa kini..
MELAYU MENANG SORAK.. KAMPUNG TERGADAI!!
Inilah dia di depan mata kita..
Melayu penang dah kena ‘main’ dgn cina dap..
Sedarlah melayu pembangkang penang..
dia dah nampak tak leh ambik tanah melayu..
Penang pun jadilah.. utk keluar tanah melayu..
Cina zairil dah sound jakim.. Dah sound nk kuasa atonomi.. Faham2 la Penang nk apa sebenarnya.. Jgn buat bodo dan luruih bendoi.. Berdatu lah melayu pas dan bn kembalikan kuasa melayu di tanah melayu..