Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Debat Calon Presiden UMNO,...

SEREMBAN - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata ‘Debat Presiden UMNO’ adalah ruang...

288,670 Pelancong Sertai Program...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 288,670 pelancong telah menyertai program inap desa di seluruh...

UMNO Minta Kerajaan Johor...

JOHOR BAHRU - UMNO meminta kerajaan negeri Johor menyatakan pendiriannya dengan jelas berkaitan...

Fesyen ‘Berani’ Tasha Shilla...

NAMPAKNYA persalinan yang digayakan pelakon Tasha Shilla sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila aktres...

Jangan Sedia Juadah Berlebihan Bagi Elak Pembaziran

GEORGETOWN – Masyarakat Islam yang sedang sibuk menyambut Aidilfitri dinasihatkan supaya tidak menyediakan makanan secara berlebihan untuk mengelakkan pembaziran.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berharap orang ramai menyediakan juadah secara sederhana supaya tidak dibazirkan kerana angka 8,000 tan makanan yang dilapor dibazirkan rakyat Malaysia setiap hari amat merisaukan.

“Selain tidak membazirkan makanan ketika rumah terbuka sempena Hari Raya, orang ramai dinasihati supaya makan secara berpada-pada supaya tidak memudaratkan kesihatan, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan mengagihkan kuih raya kepada kakitangan Hospital Pulau Pinang yang bertugas.

Dr Hilmi berkata orang ramai masih boleh menikmati juadah Hari Raya di rumah terbuka namun ia harus diambil dalam kuantiti sedikit tetapi banyak kali serta mengamalkan makanan dan minuman kurang gula dan lemak.


Sementara itu beliau berkata hamper raya diberikan kepada kakitangan hospital adalah bagi menghargai usaha dan tenaga mereka yang terpaksa bertugas di Hari Raya.

Katanya seramai 1,266 kakitangan hospital itu yang bertugas hari ini dalam tiga syif.

Dr Hilmi turut melawat kakitangan Hospital Balik Pulau, Hospital Bukit Mertajam dan esok dijadual melawat Hospital Seberang Jaya, Hospital Sungai Bakap dan Hospital Kepala Batas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori