Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SPRM Tahan Setiausaha Politik...

KEPALA BATAS - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang Setiausaha...

Hanya MySejahtera Aplikasi Rasmi...

KUALA LUMPUR - MySejahtera adalah aplikasi rasmi kerajaan bagi pendaftaran vaksinasi melalui Program...

3 ‘Superman’ Tunggang Motosikal...

PADAH tiga penunggang motosikal beraksi ala ‘Superman’ di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah...

Najib Lancar Kempen Mulakan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan kempen...

JDT Utamakan Pemain Tempatan Lawan Dortmund

KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan memberi keutamaan kepada pemain tempatan untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang kelab terkemuka Eropah, Borussia Dortmund di Stadium Larkin, Johor malam ini.

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, keutamaan diberikan kepada pemain tempatan bagi memberi mereka pendedahan dan pengalaman bermain dengan kelab ternama tersebut.

“Jurulatih Mario Gomez akan memberi peluang kepada semua pemain JDT pada malam ini. Keutamaan akan diberi kepada pemain tempatan.

“Perlawanan hari ini merupakan perlawanan yang cukup simbolik dan penting buat kelab. Borussia Dortmund telah mencapai kecemerlangan di Eropah dan JDT sebagai sebuah kelab kecil yang membangun perlu mengambil kesempatan ini untuk mempelajari sebanyak mungkin daripada kelab mereka,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail beritah, perlawanan malam ini juga merupakan simbol usahasama JDT dan Borussia Dortmund dan meminta penyokong Harimau Selatan tidak menganggap andai JDT kalah merupakan satu kegagalan.


Titah baginda, andai JDT tewas ia merupakan pengajaran untuk pasukan itu memantapkan lagi kelab berkenaan pada masa depan dan sebab itu setiap perlawanan persahabatan JDT dengan pasukan yang lebih kuat,

“Ia merupakan peluang bagi kita mengenal pasti kelemahan dan memperbaiki skuad kita serta memantapkannya pada masa akan datang,” titah baginda.

Justeru, baginda menyelar pihak yang membuat kenyataan bahawa rekod cemerlang JDT di Stadium Larkin akan lebur pada malam ini.

“Sila faham bahawa perlawanan ini adalah perlawanan persahabatan. Pada 13 Julai ini barulah kita akan tahu berkenaan rekod di Larkin,” titah baginda. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori