Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sediakan Makanan Atlet Sukan...

BALIK PULAU - Pihak yang dilantik menyediakan makanan untuk atlet sepanjang Sukan SEA...

Dr Mahathir, Isteri Sah...

ISTANA Selangor mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah memulangkan darjah kebesaran yang dikurniakan...

Karya Zunar Sindir Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Kontroversi pelantikan peguam, Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Ngeri..Bintang Rugbi Patah Tangan...

SEORANG bekas bintang pemain rugbi mengalami nasib kurang baik apabila tangannya patah ketika...

Jelajah Pramusim Liverpool Untuk Baiki Aspek Taktikal

PETALING JAYA – Jelajah pramusim kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool ke Asia dan Australia adalah bagi memperbaiki aspek taktikal permainannya.

Pengurusnya Brendan Rodgers berkata kelab tersebut yang membuat perubahan hampir separuh pemain daripada skuad itu perlu menyesuaikan diri dalam kalangan pemain baharu.

“Matlamat utama ialah untuk mengekal kecergasan dan membaiki taktikal pasukan.

Musim lalu mengecewakan kami, oleh itu kami perlu membawa masuk pemain dan kualiti permainan dengan harapan untuk meningkatkan pasukan kami,” katanya pada sidang media sempena ketibaan kelab itu di sini hari ini.

Liverpol akan menentang Pilihan Malaysia dalam perlawanan persahabatan Jumaat ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sementara itu kapten baharu pasukan The Reds itu, Jordan Henderson berkata beliau bersedia untuk mengambil tugas tersebut bagi menggantikan pemain legenda Steven Gerrard.

“Beliau merupakan kapten yang hebat,” katanya.

Kelab Merseyside itu memulakan kempen pramusim dengan mengalahkan Thai All Stars 4-0 pada 14 Julai sebelum mengalahkan pasukan A-League, Brisbane Roar 2-1 pada Jumaat dan menang 2-0 ke atas Adelaide United semalam.

Mereka akan meneruskan jelajah ke Eropah Utara bagi perlawanan terakhir menentang HJK Helsinki pada 1 Ogos di Helsinki.


Dalam sesi yang lain, pemain baharu Liverpool, Nathaniel Clyne mahu memberi persembahan terbaik ketika bermain bersama pasukan itu.

“Ia hebat untuk menjadi sebahgian daripada pasukan Liverpool antara kelab terbaik EPL. Sebelum ini saya hanya menonton EPL dan kini saya gembira dapat bermain di liga ini,” kata Clyne yang mengkagumi Steven Gerard.

Clyne bersama Alberto Moreno dan Lazar Markovic berada di Mid Valley Mega Mall untuk sesi bertemu dengan peminat.

Kira-kira 1,500 peminat berkumpul seawal 10 pagi walaupun acara bermula 3.30 petang.

Setakat ini kira-kira 60,000 tiket telah terjual oleh pihak penganjur.

Tiket berharga RM58 (bagi pelajar), RM88, RM158, dan RM228 sementara tiket VIP berharga RM428 and RM328.

Tiket boleh dibeli secara dalam talian di ticketpro.com.my, hotline +603-7880-7999, saluran Ticketpro dan New Balance and Sports Empire. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori