Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ahli Perniagaan Didakwa Rasuah...

JOHOR BAHRU - Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Bomba Perkasa Peranan Komuniti...

PASIR MAS - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menggunakan modul pengurusan...

22 Ditahan, Jual Nombor...

JOHOR BAHRU - Seramai 22 individu ditahan selepas polis melakukan serbuan ke atas...

Air Pasang Besar: 3...

IPOH - Tiga kawasan di sekitar Bagan Datoh dinaiki air awal pagi tadi...

JPJ Terengganu Pantau LPT 2 Sepanjang Musim Perayaan

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan menempatkan 90 pegawai dan anggotanya di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) bagi meningkatkan rondaan sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata mereka akan menjalankan rondaan secara bergilir-gilir bermula pukul 10 malam hingga 3 pagi.

Katanya langkah itu bagi memastikan pengguna lebuh raya tersebut lebih peka dan berhati-hati ketika menggunakan laluan sepanjang 184 kilometer berkenaan.

“Sepanjang musim perayaan ini kawasan LPT antara lokasi yang diberi tumpuan berikutan jangkaan pertambahan kenderaan sepanjang tempoh itu.


“Selain itu ia juga dapat menaikkan tahap kesedaran pengguna jalan raya terhadap keselamatan dengan meningkatkan persepsi ditahan ketika melakukan kesalahan,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Abdul Rahman turut mengingatkan pemandu yang menggunakan lebuh raya tersebut agar berhati-hati dengan haiwan liar yang berkeliaran bagi menggelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

Katanya pihaknya juga akan meneruskan ops penyamaran pada musim perayaan ini sebagai penumpang bas atau orang awam bagi mencegah salah laku pemandu selain mengadakan pemeriksaan di depoh bas ekspres. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • LPT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori