Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Isu Cerai Suami Izreen,...

SALAH orang lain, orang lain pula yang terkena tempiasnya... Sampaikan yang tidak terlibat...

Lemas: Pelajar Politeknik Maut,...

DUNGUN - Seorang penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini maut manakala...

Cukuplah Buat Pelbagai Spekulasi,...

SHAH ALAM - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan pihak yang menyerangnya...

Penulis Blog ‘Rogol’ Al-Quran...

SINGAPURA - Penulis blog kontroversi, Amos Yee pada 28 September mengaku bersalah di...

Jual Beli Maklumat Sulit Tindakan Amat Tak Beretika

KOTA BHARU – Penjualan dan pembelian maklumat sulit oleh mana-mana pihak adalah tindakan yang amat tidak beretika, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata perbuatan itu boleh menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi sesebuah negara.

“Ini (penjualan dan pembelian maklumat sulit) adalah tindakan yang amat tidak beretika dan menjijikkan,” katanya kepada Bernama ketika mengulas dakwaan mengenai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negara dan menjejaskan keselamatan nasional.

Laporan menyebut bahawa pemimpin pembangkang telah mengadakan pertemuan dengan Xavier Andre Justo untuk membeli maklumat daripadanya bagi memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Sementara itu, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berharap pihak berkuasa di Thailand akan segera memuktamadkan siasatan Justo, bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), supaya kebenaran dapat ditegakkan.

Pada Khamis lepas, polis Thailand mengesahkan lelaki warga Switzerland itumengadakan pertemuan dengan pemimpin pembangkang Malaysia di sebuah hotel di Singapura sebelum menjual maklumat sulit milik syarikat itu.


Polis Thailand menahan Justo pada 22 Jun atas tuduhan cuba memeras ugut PetroSaudi, sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi, yang menjadi tumpuan dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Di PASIR MAS, Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata pimpinan parti perlu menyusun kembali proses penyampaian maklumat supaya ia tidak mudah diputar belit oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat veteran UMNO Tan Sri Hussein Ahmad, 91, yang uzur di rumahnya di Kampung Lemal di sini, hari ini.

Md Alwi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata kepimpinan UMNO perlu bersikap positif mengenai perkembangan semasa negara dengan membaiki kelemahan yang mungkin berlaku dalam pentadbiran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori