Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Statut Rom: Pembangkang Usul...

KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkenaan isu Statut Rom...

Israel Seronok Trump Perbaharui...

PERDANA Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu menunjukkan rasa seronok dengan tindakan kerajaan Amerika...

Donald Trump Terus Pamer...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mempamerkan kebodohannya selepas...

Virus Rabies Di Serian...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan penularan virus rabies atau anjing...

Jurulatih Borussia Dortmund Tiba Di Johor

KUALA LUMPUR – Jurulatih dari kelab terkemuka Jerman, Borussia Dortmund telah tiba di Johor bagi melaksanakan misi pembangunan bola sepak negeri itu.

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez berkata, jurulatih terbabit telah memulakan tugas pagi ini.

“Suka saya mengatakan bahawa projek pembangunan daripada pasukan JDT hingga ke pasukan belia sedang giat dijalankan sebagaimana yang dirancang.

Para jurulatih dari Borussia Dortmund telah tiba dan mereka akan memulakan tugas pagi ini.,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gomez berkata, beliau amat teruja untuk melihat hasil daripada perancangan tersebut untuk kerana Johor mempunyai beberapa pemain muda yang menunjukkan prestasi baik.


Selain itu, beliau memuji mempunyai Penaung DiRaja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) kerana amat mengambil berat berkenaan projek itu.

Beliau dalam pada itu amat berpuas hati dengan para pemain JDT dan sasaran baru pasukan itu untuk saingan Liga Super tahun ini.

“Mereka amat komited. Walaupun laluannya getir, tetapi itulah yang menambahkan lagi seri dalam persaingan dan kami akan berusaha sedaya upaya,” katanya. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori