Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

‘Perang’ Antara Mourinho, Woodward...

SEMASA Gerard Houllier dipecat oleh Liverpool pada 2004, dia menyalahkannya dengan bilangan legenda...

Video: United Airlines Seret...

UNITED AIRLINES menjadi tumpuan media sosial apabila satu rakamanan video memaparkan seorang penumpangnya...

Wanita Gemuk Enggan Berhenti...

BERAT wanita ini sudah mencecah 317 kilogram tetapi Monica Riley enggan berhenti daripada...

9 Orang Tinggal Sehelai...

TAIPING - Sembilan mangsa daripada dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila dua unit...

Juruteknik Telekom Maut Motosikal Terbabit Kemalangan

SEREMBAN – Seorang juruteknik Telekom maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabas di KM245.2, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Seremban, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada kira-kira 5.30 pagi itu, Muhammad Aidil Azri Talib, 34, beralamat dari Felda Redong, Segamat, Johor, meningggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Honda CB500X dipercayai dalam perjalanan dari Johor menuju ke tempat kerja di Cyberjaya.

Mayat mangsa dijumpai terbaring di lorong kecemasan oleh pengguna lebuh raya yang kemudiannya menghubungi pihak polis.

Menurut jurucakap itu, berdasarkan kerosakan pada motosikal, mangsa dipercayai melanggar sesuatu objek keras di atas lebuh raya itu, sebelum terjatuh.


Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata punca kejadian masih disiasat. – BERNAMA

Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi Di Lebuhraya Karak Pada 19/10/2014

https://www.youtube.com/watch?v=Dz-jX2NuP9U

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori