PELAKON Korea Selatan yang terkenal menerusi watak Kang Joon-sang dalam drama bersiri Winter Sonata, Bae Yong-joon dilaporkan telah mengakhiri zaman solonya bersama pelakon, penyanyi dan personaliti televisyen Park Soo-jin kira-kira jam 7 petang, semalam.
Majlis perkahwinan yang hanya dihadiri oleh rakan akrab dan ahli keluarga ini diadakan secara tertutup di Hotel Sheraton Grande Walkerhill, Seoul.
Ratusan peminat dikatakan berkumpul di luar hotel bagi memberi sokongan dan berharap dapat bertemu pasangan pengantin baru ini.
Hotel itu pernah menjadi lokasi penggambaran drama Hotelier yang turut dibintangi Bae.
Menurut agensi pengurusan Bae, pelakon berusia 42 tahun itu tertarik dengan personaliti Park sejak mereka berkenalan pada Februari lalu.
Drama terakhir lakonan Bae adalah The Legend yang ditayangkan pada 2007.
Bae kini sibuk dengan agensi pengurusan bakat Korea, KeyEast Entertainment selaku pemegang saham utama. Dia dilaporkan memiliki harta berjumlah 107 bilion won (RM350 juta). – Agensi/MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE