Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

DBKL Lanjutkan Diskaun Kompaun...

KUALA LUMPUR - Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Feb ini, Dewan...

ACP Mohd Rozi Dilantik...

ALOR SETAR - Bekas Ketua Polis Daerah Sungai Buloh ACP Mohd Rozi Jidin...

KM Melaka, Wakil Rakyat...

AYER KEROH - Program Imunisasi COVID-19 peringkat negeri yang bermula hari ini, menyaksikan...

Pemilik Pasar Raya Didakwa...

GEORGE TOWN - Seorang pemilik sebuah pasar raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Kabinet Baru Najib: Senarai Menteri Yang Disingkir & Diganti

DALAM satu sidang media mengejut sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan senarai baru menteri dalam kabinet beliau.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan Najib dalam pentadbiran negara telah digugurkan dan diganti dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, portfolio Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang dipegang Datuk Seri Shafie Apdal turut berganti tangan apabila diserahkan kepada Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob. Ismail sebelum ini memegang portfolio sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dalam pada itu, krisis yang melanda salah satu parti dalam komponen BN iaitu MIC membuatkan bekas Presidennya Datuk Seri G. Palanivel turut disingkirkan dan jawatannya sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar diserahkan kepada Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) turut menyaksikan perubahan apabila Datuk Seri Hasan Malek ditukarkan dengan Datuk Hamzah Zainuddin.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi juga menyaksikan perubahan apabila Najib mengumumkan jawatan yang dipegang Datuk Dr Ewon Ebin semenjak 2013 diganti dengan Datuk Wilfred Madius Tangau.

Selain itu, jawatan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abd Rahim Bakri digantikan dengan Datuk Mohd Johari Baharum.

Berikut menteri yang terlibat bertukar kementerian dalam senarai rombakan yang diumumkan PM sebentar tadi:

1. Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
2. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
3. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: Datuk Hamzah Zainuddin
4. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau
5. Timbalan Menteri Pertahanan: Datuk Mohd Johari Baharum


 Senarai jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Mohd Najib Razak

Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Datuk Azalina Othman

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin

Menteri Komunikasi dan Media: Mohd Salleh Keruak

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili


Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahdzir Khalid

Menteri KPDNKK: Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot

Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor

Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

4 Menteri, 1 Timbalan Gugur

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori