Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Peserta PDIT 2018 Ditemukan...

PORT DICKSON - Peserta Port Dickson International Triathlon (PDIT) 2018 warga Hong Kong...

PKR Belum Muktamad 3...

KUALA LUMPUR : PKR belum memutuskan tuntutan tiga kerusi yang diminta Parti Sosialis...

Zii Jia Sah Keluar...

Kuala Lumpur : Desas-desus pengunduran pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk...

PRU-15: Diva AA Pertama...

Gombak : Pengacara sensasi, Azwan Ali, menjadi pengundi pertama tiba di pusat pengundian...

Kakitangan LHDN Dilarang Terima Hadiah

KUALA LUMPUR – Kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak dibenarkan menerima sebarang bentuk hadiah atau faedah seperti wang tunai atau baucar, hamper, hiburan, tambang percuma atau kemudahan perjalanan serta lain-lain bentuk hadiah atau hospitaliti daripada pihak luar.

LHDN dalam satu kenyataan media memberitahu, arahan tersebut sejajar dengan pelaksanaan Polisi Tiada Hadiah dan Hospitaliti oleh LHDN yang dikuatkuasakan serta-merta.

“Pelaksanaan polisi ini adalah merupakan salah satu tanggungjawab kami dalam menepati prinsip Ikrar Integriti Korporat (IIK) LHDN yang telah ditandatangani pada 13 November 2013.

“Sebagai agensi yang menjaga kepentingan awam adalah amat penting untuk memberi pemahaman kepada masyarakat bahawa LHDN sentiasa memberikan perkhidmatan yang telus dan adil kepada semua golongan,” kata kenyataan itu hari ini.


Sehubungan itu, LHDN berharap orang ramai menyokong penetapan Polisi Tiada Hadiah dan Hospitaliti tersebut dalam menyatakan kepada masyarakat sebarang bentuk hadiah, faedah atau hospitaliti tidak akan mempengaruhi sebarang tindakan LHDN.

“LHDN berharap mana-mana pihak yang berurusan dengan kami menghormati penetapan polisi ini serta tidak akan memberi atau menghantar sebarang bentuk hadiah atau faedah,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori