KUANTAN – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun lemas ketika mandi bersama ahli keluarganya di kolam renang sebuah hotel, dekat sini, lewat petang semalam.
Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan berkata, kanak-kanak berkenaan dikenali Emir Sufi Razeq Md Nasir berasal dari Shah Alam, Selangor.
“Kejadian berlaku kira-kira jam 7.50 petang dan ketika itu mangsa sedang mandi di kolam renang bersama beberapa ahli keluarganya,” katanya di sini, sebentar tadi. – Berita Harian