Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Nilai Ringgit Makin Kuat...

SINGAPURA - Nilai ringgit semakin bertambah kukuh berbanding dolar Singapura sejak akhir-akhir ini...

Laluan Jalan Klang-Sabak Bernam...

KUALA SELANGOR - Jejantas pejalan kaki yang mengalami rekahan di hadapan Sekolah Menengah...

Hoki Piala SAS: Australia...

IPOH - Juara bertahan, Australia membuktikan mereka lawan yang sukar ditandingi dalam Kejohanan...

Universiti Perlu Tangani Penyakit...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mahu institusi pengajian tinggi bersifat...

Kecoh Ikan Mentah Di Singapura Bahaya Dimakan

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dan beberapa agensi lain sedang menyiasat peningkatan kes jangkitan bakteria streptococcus Group B (GBS), yang dikaitkan dengan pemakanan ikan mentah.

Menurut kenyataan MOH, sebuah hospital besar di Singapura menyaksikan 53 kes jangkitan GBS setiap tahun secara purata sepanjang lima tahun yang lalu – iaitu sebanyak 31 hingga 73 kes setahun.

Malah hospital berkenaan sudah merawat 76 kes sedemikian tahun ini, dan 10 daripadanya dikatakan ada kaitan dengan pemakanan ikan mentah, kata MOH  yang disiarkan stesen tempatan Channel NewsAsia.


“Siasatan sedang dijalankan susulan kes jangkitan meningkat,” tambah MOH sebagai menjawab mesej disebarkan menerusi laman media sosial yang mendakwa ada peningkatan kes jangkitan GBS akibat pemakanan ikan mentah.

Mesej yang kemudian menjadi viral di seluruh Singapura itu mendakwa semua orang yang dijangkiti itu memakan ‘yusheng’, sejenis hidangan ikan mentah yang dijual di pusat penjaja makanan. – Agensi/Mynewshub/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori