Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sidang Kemuncak KL Cari...

KUALA LUMPUR - Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL) 2019 yang diadakan minggu ini...

Mangsa Simbah Asid: Cukup-Cukuplah...

Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Kuala Berang, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat...

32 Murid Pulang Sekolah...

KUALA BERANG - Seramai 32 murid di Sekolah Kebangsaan Getang terpaksa pulang awal...

Empat Murid Sekolah Mati...

Beijing - Seorang lelaki bersenjatakan pisau menikam sehingga mati empat murid sekolah di...

Kekasih Bekalkan Darah Untuk Lelaki Pontianak

TEXAS – Ada macam-macam perangai pelik manusia. Salah satu adalah obses kepada pontianak dan ketagih minum darah, dengan alasan mahu mendapatkan tenaga.

Bagi seorang wanita, Blut Katzchen, 28, dia sanggup mengembara ke seluruh Amerika Syarikat bagi memenuhi ketagihan `si pontianak’ yang memberi alasan perlu minum darah untuk terus hidup.

Terbaru, dia menjadi pembekal darah kepada seorang lelaki, Michael Vachmiel, 43, yang mendakwa darah Blut memberikan tenaga kepadanya.

“Saya sentiasa taksub dengan cerita pontianak. Sejak kecil lagi saya tertarik dengannya. Untuk membekalkan darah, anda perlu mempunyai hubungan yang erat dengan `si pontianak’ dan perlu menikmati detik-detik ketika darah anda dihisap,’’ kata Blut.

Kedua-duanya yang kini berpacaran akan bertemu beberapa kali dalam setahun untuk mengadakan upacara memberikan darah.

Berbeza dengan filem pontianak di mana makhluk berkenaan akan menghisap darah dengan membenamkan taringnya ke leher mangsa, upacara yang dijalankan oleh Blut dan Michael adalah dengan menggunakan pisau cukur.


Pisau itu akan ditoreh ke belakang badan Blut dan kemudiannya cawan akan digunakan untuk menyedut darah tersebut, sama seperti proses bekam.

“Kami mengsterilkan seluruh bahagian yang ditoreh dengan alkohol dan Michael turut berkumur dengan pencuci mulut bagi memastikan mulutnya bersih ketika menyedut darah.

“Kami perlu pastikan proses ini sentiasa bersih dan saya telah melakukannya sejak 13 tahun lalu dan tidak pernah mendapat sebarang penyakit berkaitan darah,’’ kata Blut.

Jelasnya, Michael tidak perlu minum darah yang banyak untuk mendapatkan tenaga.

Sementara itu Michael berkata, dia mula ketagih darah sejak berusia 13 tahun. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori