Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pelaksanaan Penuh Modul BioMedical,...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen memaklumkan modul BioMedical dan eVDR (FWCMS) untuk urusan...

Virus Misteri Muncul Di...

BRASILIA - Virus misteri baharu dari asal-usul yang tidak diketahui yang muncul dari...

Pembangkang Fitnah Konsert Dangdut...

BATANG LUPAR - Pembangkang semakin ghairah lontar pelbagai fitnah dan berita palsu bagi...

Anak TYT Sarawak Kekal...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan Syariah di sini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang...

Kematian Juruaudit: Suami Didakwa Di Mahkamah

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh isterinya, sembilan hari lalu.

Mohamed Nor Ariff Mohamed Ariff, 48, didakwa membunuh Suraiza Hamzah, 46, juruaudit sebuah syarikat penerbangan, di sebuah rumah di Lorong Aminuddin Baki 2, Taman Tun Dr Ismail, di sini pada kira-kira 8.15 malam, 20 Julai lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Mohamed Nor Ariff hanya mengangguk sebagai tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah menghantar tertuduh untuk pemerhatian psikiatri.

Erry Shahriman membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan memerintahkan tertuduh dihantar di bawah pemerhatian psikiatri selama sebulan mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.


Mahkamah menetapkan 28 Ogos untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan Suraiza dijumpai terbaring di ruang tamu oleh anaknya berusia 17 tahun semasa pulang ke rumah.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan bergaduh dengan suaminya yang dipercayai mempunyai masalah mental.

Laporan awal mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori