Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Guan Eng Pun Ada...

PERSEPSI yang sering diulang dan dijaja serata negara ialah Perdana Menteri, Datuk Seri...

5 Maut, 89 Cedera...

CHANGCHUN (Wilayah Jilin, China) - Sekurang-kurangnya lima terbunuh manakala 89 yang lain cedera...

Polis Temui Rangka Budak...

BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai dibunuh...

AirAsia Perkenal Penerbangan Terus...

KUALA LUMPUR - AirAsia akan memulakan penerbangan terus empat kali seminggu bagi laluan...

Kementerian Pendidikan Tinggi Nama Rasmi KPT – Idris

PUTRAJAYA – Datuk Seri Idris Jusoh mengumumkan nama rasmi kementerian yang diterajuinya dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Dalam satu kenyataan pada Khamis, beliau berkata nama Kementerian Pendidikan Tinggi itu sesuai dengan peruntukan akta yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.

Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Julai (Selasa) melibatkan portfolio Kementerian Pendidikan Tinggi diwujudkan semula.

Dalam rombakan itu, Najib mengumumkan Idris untuk menerajui kementerian itu manakala Datuk Mary Yap Kain Ching sebagai timbalannya.


Portfolio Kementerian Pengajian Tinggi pertama kali diwujudkan pada 2008 ketika era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

Selepas Pilihanraya Umum ke-13, Najib menggabungkan portfolio itu dengan Kementerian Pendidikan serta melantik bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pendidikan dan Idris sebagai Menteri Pendidikan Kedua. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori