Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelancong Ke Korea Terima...

DAHSYAT sekali strategi pemasaran dilakukan Samsung di negara pembuatannya, Korea Selatan. Hasil kerjasama dengan...

Bekalan Beras Semasa Negara...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan, bekalan beras...

Undi PH Untuk Terus...

PUTRAJAYA - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan pengundi di Tanjung...

Buang 50 Mayat, Berhimpit...

LANGKAWI - Datang tanpa diundang dengan menaiki bot besar, ratusan pendatang tanpa izin...

Kenderaan Berat Dilarang Masuk Kelantan Mulai Esok

KOTA BAHARU – Kenderaan berat tidak dibenarkan memasuki negeri ini bermula esok hingga 21 Julai, bagi mengelak kesesakan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Kelantan (Pengurusan) Adnan Hussin berkata kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan kenderaan berat memasuki Kelantan bagi membantu mengatasi kesesakan lalu lintas di negeri itu.

“Pihak berkuasa Negeri Kelantan melalui Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Kali ke 14/15 yang bersidang pada 8 Julai membuat keputusan dan bersetuju untuk tidak membenarkan semua kenderaan berat memasuki negeri ini, tiga hari sebelum dan tiga hari selepas sambutan Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata pihaknya turut mewartakan perintah larangan pemanduan kenderaan bermotor dengan kelajuan lebih daripada 70 kilometer sejam di seluruh jalan di negeri ini bermula 10 hingga 25 Julai ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori