Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Banjir: Empat Buah Sekolah...

MIRI – Empat buah sekolah rendah masih ditutup hari ini termasuk dua buah...

Acara Fit Malaysia Untuk...

KUCHING - Tujuan penganjuran Fit Malaysia adalah untuk memastikan masyarakat mengamalkan gaya hidup...

Kerajaan Fail Permohonan Batal...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia akan memfailkan permohonan bagi membatalkan saman yang difailkan...

Kerajaan Akan Meminda SOSMA...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan meminda undang-undang keselamatan drakonian termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah...

Kenderaan Berat Hanya Boleh Guna Lorong Kanan Lebuh Raya Untuk Memotong

SUNGAI BULOH – Kedegilan memandu bas ekspres di lorong kanan lebuh raya akhirnya menyebabkan 10 pemandu dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini hari ini.

Mereka adalah antara 25 pemandu yang dikenakan tindakan oleh JPJ dalam Op Bas Ekpres yang diadakan di Hentian R&R Sungai Buloh, yang berakhir pagi tadi.

Pengarah JPJ Selangor Datuk Valluvan Veloo berkata masih ada pemandu kenderaan berat termasuk kenderaan pengangkutan awam yang gagal mematuhi peraturan lebuh raya yang melarang mereka memandu di lorong paling kanan kecuali untuk tujuan memotong kenderaan di hadapannya.

“Dalam Kaedah 4A, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 pemandu kenderaan barang atau kenderaan perkhidmatan awam tidak boleh secara berterusan menggunakan lorong paling kanan di mana-mana lebuh raya kecuali untuk memotong.

“Mereka yang melanggar peraturan ini boleh dikompaun sebanyak RM300,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam operasi itu, sebanyak 84 bas diperiksa dan 25 daripadanya dikenakan tindakan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah merokok dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu, brek belakang bas tidak berfungsi, gagal mematuhi isyarat lalu lintas, tiada pemadam api, tiada lesen kenderaan perkhidmatan (PSV) dan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan.


Valluvan berkata pihaknya turut mengesan 12 bas ekspres tidak mempunyai pemandu kedua, yang merupakan antara faktor yang boleh membawa kepada kemalangan.

“Mengikut peraturan JPJ, semua bas ekspres perlu ada pemandu kedua yang menggantikan pemandu pertama jika membabitkan perjalanan melebihi 300 km,” katanya.

Menurut Valluvan, JPJ juga mengesan ada pemandu bas ekspres memandu melebihi kelajuan yang ditetapkan iaitu 90 km sejam.

Beliau berkata tindakan tegas perlu diambil kerana pemandu bas yang masih berdegil dan melanggar peraturan JPJ, boleh membahayakan nyawa penumpang.

Op itu dijalankan bersama Skuad Muda JPJ dan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan yang melibatkan keseluruhan keanggotaan seramai 49 orang bermula sekitar pukul 2.30 petang semalam hingga awal pagi ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori