Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hanya CRS Jenis R44,...

KUALA LUMPUR - Hanya kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang mempunyai piawaian keselamatan EN...

Erdogan Dakwa Turki Sasaran...

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan mendakwa negaranya tidak mengalami krisis mata wang, tetapi...

KAFA Perlukan RM6 Juta...

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memerlukan dana sebanyak RM6 juta...

Kerajaan Stabil Penting Untuk...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman malam tadi, menyifatkan...

Kerajaan DAP Pulau Pinang Wujud Kerana PAS!

KUALA LUMPUR – DAP menang di Pulau Pinang dan dapat membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) hanya disebabkan oleh PAS.

Justeru, Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Mohd. Yusni Mat Piah meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya tidak bersikap angkuh dengan PAS.

“Perlu ingat kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan tertegak jika sekiranya DAP tidak membentuk kerjasama dengan PAS.

“Usah bongkak dan sombong dengan kemenangan dilakar, sedang kemenangan itu diraih hasil titik peluh ahli-ahli PAS yang bertungkus lumus bekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Yusni dalam pada itu berpandangan Guan Eng sebenarnya dibayangi ketakutan selepas memecat wakil PAS dalam agensi kerajaan Pulau Pinang.


Menurutnya, Guan Eng yang dibayangi ketakutan kerana tindakan terburu-burunya bertindak menggelarkan PAS sebagai musuh parti itu.

“Guan Eng memecat mereka dan menyatakan PAS musuh hanya kerana PAS tampil ke mahkamah menuntut keadilan yang sewajarnya.

“Sekiranya Guan Eng betul dan benar dalam tindakan beliau, usah takut dan bimbang terhadap dakwaan yang dibuat. Sila tampil dengan membawa bukti kukuh bagi menegakkan keadilan terhadap pemecatan tersebut,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori