Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

KD Pahang Temui 3...

KUALA LUMPUR -- Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pahang, menemui tiga...

Imbasan Suhu Badan Dilaksana...

IPOH - Jabatan Kesihatan Negeri Perak mula melakukan imbasan suhu badan ke atas...

Gagal Bayar Pinjaman, Mahkamah...

KUALA LUMPUR: Pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini,...

Perlis Eksport Harumanis Ke...

KANGAR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hanya mampu mengeksport 12 tan metrik...

Kerajaan Johor Akan Wujudkan Pusat Santuari Gajah Di Kota Tinggi

JOHOR BAHARU – Kerajaan Johor sedang dalam peringkat akhir mewujudkan pusat santuari gajah di Kota Tinggi sebagai usaha melindungi haiwan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Ayub Rahmat berkata kajian terakhir reka bentuk santuari itu telah dibentang konsultan yang dilantik kerajaan negeri baru-baru ini, bagi meneliti langkah seterusnya dalam mewujudkan pusat santuari berkenaan.

“Konsultan yang dilantik itu adalah kepakaran yang sama yang terlibat dengan cadangan dan pembinaan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang,” katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.

Ayub berkata rancangan mewujudkan pusat santuari di kawasan Panti, Kota Tinggi itu merupakan satu daripada projek keutamaan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang telah diluluskan kerajaan.

Beliau berkata pusat santuari di kawasan seluas 100 hektar bagi keliaran gajah itu merangkumi dua fasa pembinaan iaitu pembinaan infrastruktur termasuk pejabat dan sebagainya menerusi fasa pertama dengan peruntukan sebanyak RM39 juta dari kerajaan pusat.


Bagi fasa kedua, katanya terdapat cadangan untuk kerajaan negeri menarik pihak swasta melakukan pelaburan berjumlah RM30 juta di pusat santuari terbabit seperti menyediakan chalet dan memperbaiki infrastruktur bagi menarik pelancong.

Ayub berkata pihaknya yakin pusat santuari yang mampu menempatkan 75 ekor gajah itu, boleh menarik minat pelabur dan pelancong memandangkan kedudukannya yang strategik berhampiran Santuari Burung Panti serta Air Terjun Kota Tinggi.

“Ketika ini, terdapat kira-kira 150 ekor gajah di seluruh Johor dan kerajaan negeri berharap dapat mengurangkan konflik antara gajah dan manusia terutamanya di sekitar Kahang dekat Kluang dan Sedili dekat Kota Tinggi dengan adanya pusat santuari itu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori