Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Untung, Skuad Felcra...

Biarpun mempamerkan aksi memukau dalam saingan Liga Premier 2018, menyaksikan Felcra FC berjaya...

Spesies Monyet Kecil Kegilaan...

SHANGHAI - Golongan kaya di China kini kemaruk untuk memiliki spesies monyet kecil...

Foto Bogel Pemuda Mirip...

KUALA LUMPUR - Pelakon, Rozita Che Wan, menegaskan sudah lali berdepan kontroversi mengaitkan...

Atilia Amal Perubatan Cina,...

SETIAPƂĀ pasangan suami isteri mendambakan hadirnya buah hati di antara mereka sebagai pelengkap kebahagiaan...

Kerajaan Takkan Umum Harga Minyak Untuk Elak Panik

TIADA lagi notis pemberitahuan mengenai perubahan harga minyak kepada orang ramai dan hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, mulai sekarang orang ramai hanya akan mengetahui kadar baru harga minyak pada tengah malam sahaja.

“Kami memutuskan untuk menghentikan amalan sebelum ini iaitu mengumumkan harga baharu pada hari terakhir setiap bulan.

“Mulai sekarang, pemilik kenderaan hanya akan tahu sama ada harga akan naik atau turun atau dikekalkan pada tengah malam,” katanya memetik laporan The Malaysia Insider.

Sebelum ini, pengumuman harga terbaru minyak dibuat melalui laman web KPDNKK.

Kerajaan menggunakan kaedah pengapungan terkawal harga minyak dan tidak lagi menanggung subsidi sejak Desember tahun lepas.

RON95 dan diesel sekarang dijual pada harga RM2.05 seliter sementara RON97 pula dijual dengan harga RM2.35 seliter, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST).


Dalam pada itu, Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) menyokong tindakan tersebut.

Presidennya, Datuk Hashim Othman memetik laporan MalaysiaKini berkata pengumuman awal kenaikan harga minyak yang digunakan sebelum ini menggangu kelancaran operasi stesen minyak.

Menurut Hashim, orang ramai akan berpusu-pusu mengisi minyak jika harga minyak naik sehingga stesen minyak terputus bekalan.

Hashim turut menyatakan dek kerana pengumuman awal yang diguna pakai sebelum ini, pengendali stesen minyak dituduh menyorokkan stok untuk menjual dengan harga baru yang lebih mahal. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori