PERGHH.. apabila sebut pasal tempe, sudah terbayang-bayang rasa keenakan kacang soya yang dimasak ranggup sambil digaul dengan nasi.
Namun, siapa sangka makanan yang begitu popular dalam kalangan masyarakat Malaysia dan Indonesia ini berjaya menambat warga dunia yang jatuh cinta dengan cita rasanya yang sederhana.
Buktinya, kegilaan seorang warga United Kingdom memakan tempe ketika mengajar bahasa Inggeris di Indonesia pada 1995 membuatkan jejaka bernama William Mitchell mengambil keputusan untuk buka ‘Warung Tempeh’ di kota London
Semuanya gara-gara dirinya yang hampa apabila tidak mampu mendapatkan tempe terbaik sejak pulang ke negara asalnya.
Hal itu membuatkan William mengambil keputusan kembali ke Indonesia selama lapan bulan untuk belajar sendiri cara membuat bahan berkenaan.
Atas inspirasi terhadap makanan kegemaranya itu juga membuatkan William membuka warung yang menyediakan berbagai juadah berasaskan tempe.
Uniknya, William turut menvariasikan tempe buatannya dan antara yang mendapat sambutan adalah tempe kari.
“Saya belajar membuat tempe selama beberapa bulan di Jawa dari beberapa pengeluar dan setelah beberapa bulan saya mampu membuat tempe dengan kualiti tinggi di sini (London).
“Jadi saya memutuskan cara terbaik untuk memperkenalkan makanan yang masih baru bagi banyak orang di Inggeris iaitu dengan menjual di pinggir jalan
“Pelanggan sangat menyukainya dan terbukti sangat popular,” ujar William kepada BBC Indonesia.
Tambah jejaka yang petah berbicara dalam bahasa Indonesia ini, kebanyakkan warga London tidak pernah mencuba tempe namun akhirnya menjadi pelanggan tetap.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?t=232&v=b7j9AVI_kT8
Oleh: CARRIE
Sumber: Vitdaily