Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Politik Pembangunan Bawa Kemajuan...

KUCHING - Sarawak mencapai kemajuan pesat dalam semua aspek pembangunan sama ada fizikal,...

Video: Sekumpulan Bangla, Seorang...

KEPENTINGAN pekerja asing kepada negara membangun seperti Malaysia tak mungkin dapat dinafikan tetapi...

Dirogol Majikan Pakistan Selepas...

BELURAN - Seorang pekerja kedai runcit di Paitan, dekat sini dipercayai dirogol majikannya...

Grab Jamin Tiada Kesan...

PUTRAJAYA - Penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab memberi jaminan penggabungan syarikat itu dengan Uber...

Terlebih Mesra, Drama Dia Isteri Luar Biasa Terpaksa ‘Reshoot’

BARU-baru ini, drama bersiri popular yang ditayangkan di slot Akasia, Dia Isteri Luar Biasa dicemuh ramai kerana menampilkan aksi-aksi terlampau mesra terutamanya antara tonggak cerita tersebut lakonan Syukri Yahaya dan Fathia Latiff.

Ada suara-suara mengkritik drama itu sebagai tidak bermoral dan menggalakkan maksiat kerana aksi-aksi romantik yang ditunjukkan melampau-lampau.

Sampai satu tahap, penerbitnya yang juga pemilik syarikat produksi Pena Creative Sdn Bhd, Ziela Jalil terpaksa memohon maaf kepada penonton kerana sajian babak-babak berkenaan.

fathia4

Dalam satu kenyataan kepada BH Online, aktres drama itu, Fathia berkata, dia menghormati serta memahami sensitiviti penonton terhadap babak-babak sedemikian. Walau bagaimanapun, dia enggan melatah terhadap komen yang diluahkan pengguna laman maya serta bertindak memohon maaf di ruang Instagramnya bagi meredakan keadaan.

Bukan itu sahaja, akibat kecaman yang berterusan, pihak produksi terpaksa melakukan penggambaran semula beberapa babak bagi menggantikan babak lama yang berkemungkinan akan menerima nasib sama.

“Buat kali pertama saya berhadapan dengan situasi begini sehingga diarahkan untuk ‘reshoot’ semula beberapa adegan di dalam drama.

“Selain mempunyai komitmen untuk drama siri lain, saya terpaksa mencuri masa untuk berkejar ke lokasi DILB ini. Namun saya memahami situasi ini sepenuhnya dan menghormati sensitiviti penonton.


“Bagi saya penonton mempunyai pandangan dan pendapat sendiri. Namun saya memandang positif perkara ini kerana ada betulnya juga kata-kata mereka itu.”

Lantas itu, dia yang telahpun terikat dengan penggambaran drama lain terpaksa meminta pelepasan dari pihak produksi tersebut untuk menjalani penggambaran semula DILB.

Bagi melicinkan perjalanan penggambaran tersebut, ramai yang perlu memberikan kerjasama termasuk penulis novelnya.

Nampaknya, ini satu petanda bagus dalam industri seni di Malaysia yang mana peminat sudah semakin jelak dengan taktik penerbit mahupun pengarah drama yang tak habis-habis nak sajikan drama romatik yang tak masuk dek akal!

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Tonggak Utama Dia Isteri Luar Biasa – Syukri Yahaya & Fathia Latiff

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori