Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

POTA Ambil Kira Hak...

KUALA LUMPUR - Penggubalan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 mengambil kira hak...

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM...

JOHOR BAHRU - Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Simi...

5 Ahli Bina Badan...

JIKA kaum wanita mempunyai pertandingan ratu cantik Miss Universe atau Miss World di...

Remaja Putus Tangan Ditetak...

GEORGE TOWN - Seorang remaja lelaki putus tangan kanan akibat ditetak dalam kejadian...

Kes Denggi Di Pulau Pinang Catat Penurunan

GEORGE TOWN – Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat penurunan sebanyak 11 peratus atau 12 kes bagi tempoh tujuh hari minggu lepas berbanding minggu sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata sebanyak 97 kes denggi dilaporkan dari 12 hingga 18 Julai berbanding 109 kes dari 5 hingga 11 Julai lepas.

“Secara kumulatif setakat 18 Julai, sebanyak 3,032 kes denggi dilaporkan berbanding 1,017 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas. Enam kematian direkodkan tahun ini berbanding tiga kematian tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Beliau berkata 20 lokaliti wabak terkawal dikenal pasti antaranya Jalan Grove, Villa Seri Melati, Taman Seri Damai di daerah Timur Laut dan Lengkok Kenari serta Lorong Rajawali di daerah Barat Daya.

Di Seberang Perai Tengah pula kawasan dikenal pasti ialah Solok Inderawasih dan Taman Limau Manis manakala kawasan lokaliti di Seberang Perai Utara ialah Lahar Bubu.


“Terdapat empat lokaliti wabak tidak terkawal di daerah Timur Laut iaitu Jalan Gopeng dengan 13 kes direkodkan, Jalan York (sembilan kes), Symphony Park (lima kes) dan Taman Free School (enam kes),” katanya.

Beliau berkata terdapat tiga lokaliti titik panas di daerah Timur Laut dan Barat Daya.

“Kawasan yang dikenal pasti ialah Jalan Kennedy yang mencatat 28 kes dan Tingkat Tembaga dengan 10 kes di daerah Timur Laut manakala daerah Barat Daya ialah di Taman Indah dengan 24 kes,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori