Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

10,000 Keluarga Hilang Rumah...

MANILA – Lebih 10,000 keluarga miskin kehilangan tempat tinggal dalam satu kebakaran besar...

Kes Pelajar Bunuh Diri:...

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihat tidak terus membuat kesimpulan berhubung kes pelajar...

Kerajaan Campuran Itu Cuma...

KUALA LUMPUR - Kerajaan campuran antara UMNO dan PAS hanya spekulasi kerana buat...

Polis Kesan Individu Tinggal...

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan ibu bapa, yang meninggalkan seorang bayi perempuan...

Kes Low Yat: Afdlin Shauki Minta Jangan Jadikan Ia Isu Perkauman

INSIDEN pergaduhan di Plaza Low Yat masih belum reda apabila ramai pihak masih lagi keliru dengan kisah sebenar yang terjadi di pusat jualan barangan IT itu.

Sehubungan itu banyak pihak yang terkeliru mula mengaitkan agenda perkauman dalam isu tersebut, sedangkan ia tersasar daripada permasalahan sebenarnya.

Video: Lelaki Mengamuk Dituduh Curi Handphone Di Low Yat

Sehubungan itu pengarah, pelawak dan pelakon terkenal Afdlin Shauki bangkit menyuarakan pendapat mengharapkan agar orang ramai berhenti mengaitkan insiden ini dengan isu racism.

Menzahirkan pesanan itu menerusi sebuah video yang dikongsikannya Afdlin berkata, “Jangan jadikan isu di Low Yat sebagai isu perkauman. Ia bukan isu perkauman. Ia adalah pada saya kes jenayah, jadi jangan gabungkan perkauman dalam kes ini.”

“Kita orang Malaysia kita duduk bersama. Cina, India, Melayu, bangsa-bangsa lain kita semua bersaudara.”

“Ini bukan pasal isu perkauman, kita bagi polis betulkan benda ni ya,” katanya dalam video berkenaan.

https://www.youtube.com/watch?v=grsSF0YWxEw&feature=youtu.be


Sebelum ini menurut laporan awal, satu pergaduhan melibatkan pembeli dan sebuah premis telefon bimbit tercetus kira-kira jam 7.50 malam, kelmarin.

Pergaduhan dikatakan berpunca apabila seorang pelanggan berasa tertipu apabila sebuah telefon bimbit jenis Oppo yang baru dibelinya bermasalah.

Bagaimanapun dalam laporan terbaharu, hasil siasatan pihak polis mendapati sebenarnya lelaki itu dikatakan telah mencuri telefon bimbit sehingga menyebabkan dia ditangkap oleh staf di premis tersebut.

Apa yang penting dalam hal ini, diharapkan netizen tidak membuat sebarang spekulasi sehingga mencetuskan isu perkauman yang mana kita tahu ianya adalah satu perkara yang sangat sensitif buat kita semua sebagai rakyat Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Low Yat Terkawal, Polis Bertindak Terhadap 2 Kumpulan Bergaduh

Oleh:  JULIANA JOHAR 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori