Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kem.Pendidikan Disaran Sedia Buku...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan disaran menyediakan buku garis panduan lengkap yang mengandungi...

Kelemahan Psikologi Cabaran Utama...

PETALING JAYA - Kelemahan dari aspek psikologi adalah merupakan cabaran utama buat skuad...

Kapal Angkasa Baharu NASA...

CAPE CANAVERAL, Florida – Sebuah kapal angkasa baharu Amerika Syarikat(AS) yang direka untuk...

Emir Qatar Tiba Untuk...

SEPANG - Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani tiba di Lapangan...

Kesepakatan, Perpaduan Tunjang Kekuatan UMNO Sabah – Musa Aman

SANDAKAN – Kesepakatan dan perpaduan menjadi tunjang utama kepada UMNO Sabah dalam menyelesaikan segala permasalahan dalam parti, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Sehubungan itu, katanya, perkara itu sentiasa diberi penekanan dalam UMNO dan juga dalam Barisan Nasional (BN) Sabah.

“Saya katakan kepada semua pemimpin dan ahli UMNO Sabah dan parti komponen BN Sabah, kalau ada masalah kita selesaikan secara bersama dan bincang.

“Ini petua ada pada kita untuk meneruskan UMNO dan BN Sabah mantap untuk membangunkan negeri ini serta membela rakyat,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa UMNO Zon Lima di sini, semalam.

UMNO Zon Lima Sabah terdiri Bahagian Sandakan, Batu Sapi, Libaran, Kinabatangan dan Beluran.


Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri mahu anggota parti itu dan BN Sabah sama-sama memperkukuhkan perpaduan yang sedia terjalin dan menjadi kekuatan kesepakatan kaum tanpa mengira agama di negeri ini.

Katanya ia penting dalam menunaikan mandat diberikan rakyat yang merupakan amanah besar untuk ditunaikan bagi menjaga kebajikan rakyat.

“Sebab itu, saya sentiasa mengingatkan pemimpin di negeri ini supaya kurangkan bercakap tetapi banyakkan bekerja.

“Ini memerlukan mereka rajin berjumpa rakyat bagi mengetahui masalah mereka dan mencari pendekatan terbaik menyelesaikannya,” kata Musa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori