Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

98% Majikan Patuhi Perintah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 98 peratus majikan di negara ini telah mematuhi Perintah...

Bakal Pengantin Didakwa Samun...

KUALA LUMPUR - Seorang bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan Khamis ini, mengaku...

Keseimbangan Mental Dan Fizikal...

KUALA LUMPUR - Wujudkah tempat kerja yang bebas tekanan? Pasti jawapannya, mustahil.Sama ada...

Olivia Newton John &...

TAHUN 1978 filem Grease menjadi fenomena. Lagu runut filem ini dimainkan di mana-mana....

Kesian, Mungkin Beraya Di Wad Gara Gara Belerang Mercun

Melaka – Seorang murid lelaki mungkin terpaksa berhari raya di dalam wad hospital bagi mendapatkan rawatan susulan selepas mukanya melecur sebanyak tiga peratus akibat disambar api belerang dari mercun bola ketika bermain bersama dua lagi rakannya di Kampung Gelam, di sini, petang kelmarin.

Difahamkan dalam kejadian 5.30 petang itu rakan mangsa membuang belerang beberapa biji mercun ditemui sebelum membakarnya dan secara tiba-tiba terus menyambar ketiga-tiga mangsa.

Akibatnya Muhammad Aiman Dzulkarnain, 9, mengalami kesan melecur tahap kedua dengan hampir tiga peratus bahagian kulit mukanya melecur selain rambut kanak-kanak itu turut mempunyai kesan terbakar.

Dua lagi rakan berusia berusia 10 dan 14 tahun turut cedera di tangan dan rambut terbakar akibat terkena haba panas.

Ibu mangsa, Fazilah Hamdan, 42, berkata, ketika kejadian dia sibuk menyiapkan juadah berbuka dan suaminya Dzulkarnain Baba, 49, tidak menyedari anak mereka bermain mercun. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori